KERTAS KONSEP PERTANDINGAN DEBAT JUNIOR 2017
Anjuran:
SEKOLAH MENENGAH SAINS BATU
PAHAT,
JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA
NAMA
1.
Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN DEBAT JUNIOR SEHEBAT
2017 atau singkatannya DEBAT JUNIOR 2017.
FORMAT
1.
Setiap pasukan dianggotai oleh empat (4) orang pembahas,
terdiri daripada
a)
Dua (2) orang pelajar Tingkatan Satu (berusia 13 tahun)
b)
Dua (2) orang pelajar Tingkatan Dua (berusia 14 tahun)
2.
Dalam satu-satu perlawanan, 4 orang pembahas utama akan berdebat
manakala salah seorangnya akan bertindak sebagai Juruteknik ICT.
3.
Setiap pasukan perlu menyenaraikan seorang (1) guru pengiring /
pembimbing.
4.
Satu pasukan dikenali sebagai Pihak Pencadang akan bertanding
dengan satu pasukan lawan yang dikenali sebagai Pihak Pembangkang.
5.
Pihak Pencadang dianggotai oleh
a)
Pencadang Pertama (Sesi Ucap Utama),
b)
Pencadang Kedua (Sesi Ucap Utama),
c)
Pencadang Ketiga (Sesi Debat Tarung),
d)
Pencadang Keempat (Sesi Debat Tarung).
6.
Pihak Pembangkang pula dianggotai oleh
a)
Pembangkang Pertama (Sesi Ucap Utama),
b)
Pembangkang Kedua (Sesi Ucap Utama),
c)
Pembangkang Ketiga (Sesi Debat Tarung),
d)
Pembangkang Keempat (Sesi Debat Tarung).
7.
Peruntukan masa dan giliran berucap adalah seperti berikut:
NO
|
PENCADANG
|
MASA
|
NO
|
PEMBANGKANG
|
MASA
|
SESI UCAP UTAMA
|
|||||
1
|
Pencadang Pertama
|
7 minit
|
2
|
Pembangkang Pertama
|
7 minit
|
3
|
Pencadang Kedua
|
7 minit
|
4
|
Pembangkang Kedua
|
7 minit
|
|
SESI DEBAT TARUNG
(Debat Terbuka)
|
||||
5
|
Pencadang Ketiga
|
60 saat
|
6
|
Pembangkang Ketiga
|
60 saat
|
7
|
Pencadang Keempat
|
60 saat
|
8
|
Pembangkang Keempat
|
60 saat
|
9
|
Pencadang Ketiga
|
60 saat
|
10
|
Pembangkang Ketiga
|
60 saat
|
11
|
Pencadang Keempat
|
60 saat
|
12
|
Pembangkang Keempat
|
60 saat
|
13
|
Pencadang Ketiga
|
60 saat
|
14
|
Pembangkang Ketiga
|
60 saat
|
15
|
Pencadang Keempat
|
60 saat
|
16
|
Pembangkang Keempat
|
60 saat
|
SESI SOALAN JURI
|
|||||
17
|
Pencadang Ketiga
|
4 minit
|
18
|
Pembangkang Ketiga
|
4 minit
|
SESI PENGGULUNGAN
|
|||||
20
|
Pencadang Keempat
|
4 minit
|
19
|
Pembangkang Keempat
|
4 minit
|
28 minit
|
28 minit
|
||||
|
JUMLAH MASA : 56 – 80 minit
|
·
Tertakluk kepada sebarang perubahan.
8.
Pembahas pertama kedua-dua pasukan dibenarkan untuk mengutarakan
satu hujah sahaja. Pembahas kedua juga hanya mengemukakan satu hujah. Dalam
satu-satu perlawanan, setiap pasukan hanya perlu mengemukakan dua hujah pasukan
sahaja.
9.
Pembahas ketiga ditugaskan untuk terlibat dalam sesi debat tarung,
iaitu dalam sesi debat terbuka dan menjawab soalan juri.
10.
Pembahas keempat pula ditugaskan untuk terlibat dalam sesi debat
tarung, iaitu dalam sesi debat terbuka dan menyampaikan ucapan penggulungan.
11.
Salah seorang pembahas akan bertugas selaku Juruteknik ICT Pasukan
bagi menyelenggara sebarang bentuk paparan multimedia, aplikasi gajet mahupun
perkakasan elektronik.
12.
Peranan dan bidang tugas setiap pembahas adalah seperti berikut:
No
|
PIHAK PENCADANG
|
No
|
PIHAK PEMBANGKANG
|
|
SESI UCAP UTAMA
|
||
1
|
PENCADANG PERTAMA
-
Pendirian Pencadang
- Definisi
Pencadang
- Hujah
Pertama Pencadang
-
Penegasan
- Memberi
& Menjawab Izin Laluan
|
2
|
PEMBANGKANG PERTAMA
-
Pendirian Pembangkang
- Bidas
Definisi & Hujah 1 Pencadang
- Hujah
Pertama Pembangkang
-
Penegasan
- Memberi
& Menjawab Izin Laluan
|
3
|
PENCADANG KEDUA
-
Pendirian Pencadang
- Bidas
Definisi &
- Bidas Hujah 1 Pembangkang
- Hujah
Kedua Pencadang
-
Penegasan
- Memberi
& Menjawab Izin Laluan
|
4
|
PEMBANGKANG KEDUA
-
Pendirian Pembangkang
- Bidas
Hujah 2 Pencadang
- Hujah
Kedua Pembangkang
-
Penegasan
- Memberi
& Menjawab Izin Laluan
|
SESI DEBAT TARUNG
(Debat Terbuka)
|
|||
5
9
13
|
PENCADANG KETIGA
- Membidas
segala kenyataan/fakta yang dikemukakan oleh pihak pembangkang
-
Menegaskan pendirian dan menyokong hujah pihak pencadang dengan memberi fakta
baru
|
6
10
14
|
PEMBANGKANG KETIGA
- Membidas
segala kenyataan/fakta yang dikemukakan oleh pihak pencadang
-
Menegaskan pendirian dan menyokong hujah pihak pembangkang dengan memberi
fakta baru
|
7
11
15
|
PENCADANG KEEMPAT
- Membidas
segala kenyataan/fakta yang dikemukakan oleh pihak pembangkang
-
Menegaskan pendirian dan menyokong hujah-hujah pencadang dengan memberi fakta
baru
|
8
12
16
|
PEMBANGKANG KEEMPAT
- Membidas
segala kenyataan/fakta yang dikemukakan oleh pihak pencadang
-
Menegaskan pendirian dan menyokong hujah-hujah pembangkang dengan memberi
fakta baru
|
|
SESI SOALAN JURI
|
||
17
|
PENCADANG KETIGA
-
Mendengar & memahami soalan juri
- Menjawab
soalan juri dengan tepat
-
Penegasan
|
18
|
PEMBANGKANG KETIGA
-
Mendengar & memahami soalan juri
- Menjawab
soalan juri dengan tepat
-
Penegasan
|
|
SESI PENGGULUNGAN
|
||
20
|
PENCADANG KEEMPAT
- Rumusan
& Bidasan Hujah Pembangkang
-
Pengukuhan Hujah Pencadang
|
19
|
PEMBANGKANG KEEMPAT
- Rumusan
& Bidasan Hujah Pencadang
-
Pengukuhan Hujah Pembangkang
|
13.
Semasa satu pihak sedang berucap, ahli-ahli pasukan lawan boleh
memohon izin laluan bermula pada minit pertama (paparan kad masa 6:00) hingga
minit keenam (paparan kad masa 1:00).
14.
Hanya pembahas pertama dan kedua daripada setiap pasukan sahaja
yang dibenarkan untuk memberi dan menjawab izin laluan daripada pihak lawan.
Setiap pembahas diwajibkan untuk memberi dan menjawab sekurang-kurangnya dua
(2) izin laluan.
15.
Selepas pembahas pertama dan kedua berucap, pembahas ketiga dan
pembahas keempat daripada kedua-dua pihak akan terlibat dalam sesi debat
tarung. Terdapat 2 peringkat pelaksanaan bagi sesi debat tarung ini, iaitu sesi
debat terbuka dan sesi soalan juri.
16.
Bagi sesi debat terbuka, setiap pembahas ketiga dan keempat diberi
masa selama 60 saat untuk mengemukakan apa jua isu berbangkit yang berkaitan
dengan ucapan-ucapan perdebatan yang telah disampaikan lebih awal.
17.
Para pembahas disyorkan untuk membidas secara ringkas isu pihak
lawan dan kemudiannya mengemukakan isu/ fakta tambahan bagi pasukan sendiri.
18.
Perlakuan ini akan berlaku secara selang-seli antara pembahas
ketiga dan keempat kedua-dua belah pihak. Setiap pembahas akan berpeluang untuk
berucap dalam sesi debat terbuka sekurang-kurangnya sebanyak 3 kali setiap
seorang.
19.
Loceng hanya akan dibunyikan setelah tamat 60 saat bagi menandakan
pihak lawan boleh bangun untuk membidas dan mengemukakan isu pasukannya pula.
20.
Disyorkan agar setiap pembahas memanfaatkan sepenuhnya masa 60
saat berkenaan bagi membantu mengukuhkan hujah dan pendirian pasukan
masing-masing.
21.
Setelah tamat sesi debat terbuka (iaitu tamat masa keseluruhan 12
minit yang diperuntukkan), maka sesi soalan daripada juri pula akan
berlangsung.
22.
Pihak juri akan mengemukakan satu soalan sahaja (berdasarkan
isu-isu yang dibangkitkan semasa sesi debat terbuka) kepada setiap pembahas
ketiga.
23.
Juri perlu mengemukakan soalan kepada pembahas ketiga dalam tempoh
masa tidak melebihi 1 minit. Setiap juri akan dinasihatkan untuk memberikan
soalan yang ringkas, padat dan tepat.
24.
Pembahas ketiga diberi masa selama 1 minit (ruang masa senyap)
untuk menyediakan jawapan kepada soalan berkenaan.
25.
Apabila tamatnya 1 minit, maka loceng akan dibunyikan sekali dan
pembahas ketiga hendaklah mengemukakan jawapan lisan beliau dalam tempoh masa 3
minit sahaja.
26.
Loceng akan dibunyikan sekali pada minit kedua menandakan baki 1
minit lagi untuk menjawab soalan juri. Loceng dibunyikan dua kali apabila tamat
tempoh masa 3 minit.
27.
Sesi soalan juri ini bermula dengan jawapan daripada Pencadang
Ketiga dan kemudiannya Pembangkang Ketiga.
28.
Setelah tamatnya sesi soalan juri, maka Pembangkang Keempat akan
memulakan sesi penggulungan kemudian diikuti oleh Pencadang Keempat.
29.
Peruntukan masa selama 4 minit sahaja diperuntukkan kepada setiap
penggulung.
30.
Loceng akan dibunyikan sekali pada minit ketiga menandakan baki 1
minit lagi untuk ucapan penggulungan. Loceng dibunyikan dua kali apabila tamat
tempoh masa 4 minit.
KELAYAKAN
1.
Pertandingan ini hanya terbuka kepada para pelajar Tingkatan 1 dan
2 (Umur 13-14 tahun) bagi sesi persekolahan tahun semasa (2017) daripada semua
sekolah menengah di Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei
Darussalam.
2.
Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar satu pasukan debat
Bahasa Melayu sahaja untuk pertandingan ini, iaitu wajib terdiri daripada
a)
Dua (2) orang pelajar Tingkatan Satu (berusia 13 tahun)
b)
Dua (2) orang pelajar Tingkatan Dua (berusia 14 tahun)
3.
Setiap pasukan hanya boleh mendaftarkan empat (4) orang pembahas
dan seorang (1) guru pengiring.
4.
Setiap pasukan hanya boleh diwakili oleh para pelajar yang sedang
belajar di sekolah berkenaan sahaja.
5.
Pendaftaran pasukan hendaklah disahkan secara rasmi oleh pihak
sekolah menerusi Guru Pengiring masing-masing sebelum menyerahkan Borang
Penyertaan Pasukan kepada Urus Setia Pertandingan semasa sesi pendaftaran.
6.
Borang Penyertaan Pasukan semasa sesi pendaftaran kelak hendaklah
disertakan dengan SATU SALINAN SIJIL KELAHIRAN / MYKAD untuk setiap pembahas
bagi tujuan pengesahan umur setiap peserta oleh pihak penganjur.
7.
Umur pembahas hendaklah antara 13 hingga 14 tahun pada tahun
pertandingan. Kegagalan mematuhi syarat ini akan menyebabkan penyertaan pasukan
berkenaan terbatal secara automatik.
8.
Ahli pasukan yang telah didaftarkan secara rasmi tidak boleh
diganti dengan peserta lain sepanjang pertandingan. Pelanggaran terhadap
peraturan ini akan membatalkan penyertaan pasukan yang terlibat.
PENGHAKIMAN
1.
Bahagian teknikal penghakiman akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak
penganjur.
2.
Semua pertandingan debat pusingan awal akan dihakimi sama ada
secara juri agung (supreme judge), iaitu hanya seorang sahaja hakim yang akan
mengadili satu-satu sesi perlawanan ataupun menggunakan tiga (3) orang hakim
bagi setiap sesi perlawanan (bergantung kepada kesesuaian dan jumlah hakim
bertugas).
3.
Namun begitu, pihak penganjur akan berusaha sebaik mungkin untuk
menyediakan sekurang-kurangnya tiga (3) orang hakim bertugas bagi setiap
pusingan awal.
4.
Pusingan suku akhir akan dihakimi oleh tiga (3) orang hakim bagi
setiap sesi perlawanan.
5.
Pusingan separuh akhir pula akan dihakimi oleh lima (5) orang
hakim bagi setiap sesi perlawanan.
6.
Pertandingan akhir akan dihakimi oleh sekurang-kurangnya tujuh (7)
orang hakim yang dilantik oleh pihak teknikal penghakiman.
7.
Para hakim akan diberi taklimat tentang peraturan penghakiman
sebelum pertandingan.
8.
Para hakim dilarang untuk mengadili pertandingan yang melibatkan
pasukan sekolah/alma mater mereka sendiri. Namun begitu, larangan ini akan
terbatal sekiranya tiada hakim lain pada ketika itu dan setelah memperoleh
persetujuan kedua-dua pasukan yang bertanding.
9.
Pasukan yang mendapat undi majoriti panel hakim akan diumumkan
sebagai pemenang pertandingan. Markah terkumpul setiap pasukan tidak akan
dijadikan asas untuk menentukan pemenang pertandingan.
10.
Pengerusi Debat atau petugas dewan akan memungut borang keputusan
semua hakim selepas keputusan diumumkan. Para hakim TIDAK DIBENARKAN UNTUK
BERBINCANG atau merujuk sesama mereka berhubung dengan keputusan yang dibuat.
11.
Pembahas terbaik setiap perlawanan akan diputuskan melalui sistem
juri. Terdapat dua gelaran pembahas terbaik yang akan ditentukan oleh para
hakim, iaitu Pendebat Utama Terbaik dan Pendebat Tarung Terbaik.
12.
Sekiranya berlaku persamaan markah, maka markah keseluruhan
tertinggi pembahas akan diambil kira untuk menentukan pembahas terbaik. Nama
pembahas terbaik akan diumumkan sebaik sahaja selepas perbahasan dilaksanakan.
13.
Semua hakim diwajibkan untuk membuat ulasan selepas perbahasan
berakhir dalam tempoh masa tidak lebih daripada lima (5) minit.
14.
Ulasan hakim hendaklah berfokus kepada kekuatan dan kelemahan
setiap pasukan dalam aspek isi, strategi dan gaya persembahan secara ringkas
dan bersifat umum. Ulasan hendaklah tidak menyentuh peribadi mana-mana pembahas
secara khusus.
STRUKTUR
DAN SISTEM PERTANDINGAN
1.
Sebanyak dua puluh (20) buah pasukan dibenarkan untuk
bertanding dalam edisi tahun 2017.
2.
Setiap pasukan akan bertanding sekurang-kurangnya dalam 5 pusingan
awal yang diadakan menurut sistem power match Swiss bracket.
3.
Penentuan peranan (sama ada pencadang atau pembangkang) dan
pasukan lawan adalah berdasarkan sistem tersebut.
4.
Penentuan kedudukan pasukan selepas setiap pusingan awal
ditetapkan menurut kriteria berikut;
a)
Jumlah Menang
b)
Jumlah Juri (jika bersesuaian)
c)
Jumlah Margin
d)
Jumlah Markah
5.
Lapan pasukan terbaik setelah tamat 5 pusingan awal akan
bertanding di peringkat suku akhir.
6.
Perlawanan peringkat suku akhir, separuh akhir dan pertandingan
akhir akan dilaksanakan secara menang mara.
7.
Usul pertandingan bagi pusingan awal (kecuali usul suku akhir,
separuh akhir dan pertandingan akhir) akan diumumkan sekurang-kurangnya 30 hari
sebelum tarikh pertandingan. Berikut merupakan tema bagi setiap pusingan;
a)
Pusingan Awal 1 :
SUKAN
b)
Pusingan Awal 2 :
ICT
c)
Pusingan Awal 3 :
SAINS
d)
Pusingan Awal 4 :
SOSIAL
e)
Pusingan Awal 5 :
ALAM SEKITAR
f)
Suku Akhir :
KEMERDEKAAN
g)
Separuh Akhir :
UNDANG-UNDANG
h)
Pertandingan Akhir :
PENDIDIKAN
*Tertakluk
kepada sebarang perubahan oleh pihak penganjur.
8.
SEMUA KEPUTUSAN HAKIM ADALAH MUKTAMAD.
9.
Sekiranya terdapat sebarang bantahan berasas terhadap keputusan
para hakim, maka bantahan secara bertulis boleh dibuat dalam tempoh lima belas
(15) minit selepas pertandingan kepada Bahagian Teknikal Penghakiman Debat Junior
2017.
10.
Bayaran deposit sebanyak RM300.00 (Tiga Ratus Ringgit sahaja) akan
dikenakan bagi setiap bantahan yang dibuat.
11.
Jika bantahan diterima atau ditolak oleh Bahagian Teknikal
Penghakiman, bayaran deposit tidak akan dipulangkan kepada pasukan yang membuat
bantahan berkenaan.
12.
Keputusan Bahagian Teknikal Penghakiman setelah mempertimbangkan
bantahan pasukan berkenaan adalah muktamad dan tidak boleh dicabar melalui
apa-apa jua cara sekalipun (termasuklah perundangan). Keputusan yang dibuat
akan mengambilkira kepentingan umum dan mencerminkan ketelusan serta
kredibiliti pihak penganjur dan teknikal penghakiman.
TATACARA
PERTANDINGAN
1.
USUL RASMI PERTANDINGAN akan diumumkan oleh pihak penganjur
melalui paparan blog dan media sosial bagi memudahkan persediaan setiap
pasukan. Usul pertandingan suku akhir, separuh akhir dan akhir hanya akan
diumumkan 30 minit sebelum bermulanya pertandingan peringkat berkenaan.
2.
Penentuan kedudukan pasukan akan dilaksanakan menerusi sistem
power match Swiss bracket dan diumumkan semasa sesi taklimat sebelum bermulanya
pertandingan.
3.
Peranan pasukan (sama ada pencadang atau pembangkang) juga
ditentukan menerusi sistem yang sama sebelum bermulanya sesi kuarantin.
4.
Setelah sesi panggilan pasukan (roll-call) dilakukan sebelum bermulanya
setiap perlawanan, para pembahas akan diiringi ke bilik kuarantin
masing-masing.
5.
Masa kuarantin adalah 30 minit sahaja.
6.
Atas faktor logistik dan pengurusan, maka ditetapkan bahawa PIHAK
PENCADANG akan dikuarantinkan DI DALAM BILIK PERSEDIAAN MASING-MASING. Semua
pasukan yang dikuarantinkan ini akan dikawal selia oleh petugas masing-masing.
7.
Manakala, PIHAK PEMBANGKANG pula akan dikuarantinkan DI DALAM
DEWAN TAKLIMAT (sama ada di Pusat Sumber SEHEBAT atau Dewan Seri Banang).
8.
Setiap pasukan yang dikuarantinkan hendaklah terdiri daripada
EMPAT (4) orang pembahas dan SEORANG (1) guru pembimbing pasukan
berkenaan.
9.
Fungsi pembimbing ini (sama ada guru atau jurulatih) adalah untuk
memberi panduan sewaktu sesi kuarantin berlangsung.
10.
Fungsi salah seorang daripada pembahas adalah sebagai
Pengurus Pasukan dan Juruteknik ICT. Pembahas ini akan menguruskan
penggunaan komputer riba, gajet elektronik dan juga LCD mahupun Televisyen LCD
semasa tempoh kuarantin dan juga semasa perlawanan berlangsung.
11.
Lima belas minit sebelum pertandingan bermula, pembahas Juruteknik
ICT boleh berada di bilik sidang untuk menyediakan peralatan yang
diperlukan bagi paparan multimedia pasukan masing-masing.
12.
Sebarang percubaan oleh mana-mana pihak lain (selain daripada 4
orang pembahas dan seorang pembimbing ini) untuk menceroboh masuk ke bilik
kuarantin atau tindakan yang boleh mengganggu sesi kuarantin, sama ada dengan niat
atau tidak dalam tempoh kuarantin dijalankan akan dipandang serius oleh
Bahagian Teknikal Penghakiman.
13.
Pihak penganjur boleh mengambil tindakan susulan terhadap pihak
terbabit berdasarkan maklumat yang telah diterima daripada semua pihak
berkepentingan.
14.
Penggunaan komputer riba, gajet elektronik, dan sebarang
perkakasan yang memiliki akses kepada laman sesawang atau Internet DIBENARKAN
SEMASA SESI KUARANTIN.
15.
Sebarang bahan bercetak BOLEH DIBAWA SEBAGAI RUJUKAN semasa sesi
kuarantin dan/atau semasa bertanding dan BOLEH DIPAPARKAN KEPADA AUDIENS
SEBAGAI BAHAN BUKTI (contohnya, mengangkat keratan akhbar atau majalah bagi
membuktikan kenyataan pembahas).
16.
Pasukan yang bertanding juga boleh menggunakan Komputer dan LCD
serta Skrin atau Televisyen LCD untuk memaparkan bukti atau fakta pasukan.
17.
Semua peralatan atau gajet elektronik harus dibawa atau disediakan
oleh pasukan itu sendiri. Keselamatan gajet elektronik dan komputer riba adalah
atas tanggungjawab pasukan itu sendiri.
18.
Semasa bertanding, tiada tempoh masa tambahan diberikan atas
pengendalian alatan elektronik tersebut.
19.
Pihak penganjur tidak akan menyediakan apa-apa gajet atau
perkakasan elektronik bagi kegunaan pasukan bertanding. Penyediaan semua
peralatan tersebut adalah atas inisiatif dan tanggungjawab pasukan
masing-masing.
20.
Pasukan-pasukan yang bertanding disarankan agar membawa modem
mudah alih sendiri untuk memastikan kemudahan akses kepada laman sesawang
diperoleh pada setiap masa.
21.
Peruntukan masa kuarantin ditetapkan selama 30 minit sahaja
bergantung kepada pengumuman Bahagian Teknikal Penghakiman.
22.
Setiap pasukan dikehendaki untuk berada di dalam bilik
pertandingan 5 minit sebelum perbahasan bermula bagi melancarkan pertandingan.
Pasukan yang gagal hadir setelah 15 minit bermulanya pertandingan akan
diisytiharkan kalah secara automatik.
23.
Sebarang bantuan dalam apa jua bentuk daripada penonton atau
penyokong ketika perbahasan dijalankan adalah dilarang sama sekali. Pengerusi
Debat berhak memaklumkannya kepada Ketua Hakim untuk tindakan lanjut.
PERANAN
PENGERUSI DEBAT
1.
Setiap sesi pertandingan bahas akan dipengerusikan oleh seorang
PENGERUSI DEBAT bagi memastikan kelancaran pertandingan. Dalam kes-kes
tertentu, PENGERUSI DEBAT boleh dilantik dalam kalangan hakim yang bertugas,
terutamanya Ketua Hakim.
2.
PENGERUSI DEBAT tidak boleh membuat sebarang ulasan terhadap
pembahas atau perbahasan semasa pertandingan sedang berlangsung.
3.
PENGERUSI DEBAT mesti peka pada sebarang bentuk bantuan yang
diberikan atau gangguan terhadap pembahas dan memaklumkan kepada Ketua Hakim
untuk tindakan selanjutnya.
4.
Ketua Hakim berkuasa untuk meminta pihak yang terbabit
meninggalkan bilik perbahasan bagi memastikan pertandingan dapat berlangsung
dalam suasana yang adil dan selesa.
5.
PENGERUSI DEBAT perlu memberi peruntukan masa yang sesuai kepada
para hakim untuk mengisi markah. PENGERUSI DEBAT hendaklah menunggu isyarat
daripada Ketua Hakim sebelum meneruskan perbahasan oleh pembahas seterusnya.
6.
PENGERUSI DEBAT akan mengumumkan mengumumkan keputusan
pertandingan, pembahas terbaik dan pendebat tarung terbaik.
PERANAN
PENJAGA MASA
1.
Penjaga Masa perlu memastikan setiap pembahas diperuntukkan
tujuh (7) minit untuk berbahas, 60 saat untuk sesi debat terbuka, empat (4)
minit untuk sesi soalan juri dan empat (4) minit untuk menggulung.
2.
Penjaga masa akan membunyikan loceng selepas minit pertama (1:00)
dan pada minit keenam (6:00) untuk menandakan ruang masa yang dibenarkan untuk
pihak lawan memohon izin laluan. Pada akhir minit ketujuh (7:00), loceng akan
dibunyikan sebanyak dua kali.
3.
Kad masa akan ditunjukkan oleh penjaga masa bagi memaklumkan baki
masa yang tinggal pada setiap 1 minit (count down).
4.
Memastikan peruntukan masa 60 saat diberikan kepada setiap
pembahas ketiga dan pembahas keempat dalam sesi debat terbuka.
5.
Memberi masa maksimum sebanyak satu (1) minit masa persediaan
kepada kedua-dua pembahas ketiga untuk menyediakan jawapan kepada soalan juri.
6.
Memastikan peruntukan masa tiga (3) minit diberikan kepada setiap
pembahas ketiga dalam sesi soalan juri.
7.
Memberi masa maksimum sebanyak satu (1) minit masa persediaan
kepada kedua-dua pasukan untuk menyediakan ucapan penggulungan.
8.
Semasa menjawab soalan juri atau ucapan penggulungan, penjaga masa
akan membunyikan loceng sekali bagi menandakan pembahas mempunyai baki masa
sebanyak 1 minit. Pada minit terakhir, loceng akan dibunyikan dua kali untuk menandakan
berakhirnya masa untuk menjawab soalan juri atau tamatnya tempoh ucapan
penggulungan.
9.
Penjaga masa perlu memastikan semua keputusan, fail hakim dan
peralatan perbahasan dihantar ke Bilik Urus Setia Bahas setelah selesainya
pertandingan perbahasan.
SISTEM
PEMARKAHAN
SESI
UCAP UTAMA : 7 MINIT (setiap seorang pembahas)
1.
Setiap pembahas akan diberikan markah mengikut pembahagian
berikut:
Perkara
|
Markah Penuh
|
a) ISI
|
40 markah
|
b) STRATEGI/STRUKTUR
|
25 markah
|
c) GAYA
PERSEMBAHAN
|
15 markah
|
d)
ICT
|
10 markah
|
e) BAHASA*
|
10 markah
|
JUMLAH MARKAH
|
100 markah
|
*Penggunaan
Bahasa Melayu Nusantara dibenarkan.
2.
Setiap pembahas pertama dan kedua diberi masa 7 minit untuk
berucap.
SESI
DEBAT TERBUKA : 3 MINIT (setiap seorang pembahas)
1.
Setiap pembahas akan diberikan markah mengikut pembahagian
berikut:
Perkara
|
Markah Penuh
|
a) ISI
|
40 markah
|
b) STRATEGI/STRUKTUR
|
25 markah
|
c) GAYA
PERSEMBAHAN
|
15 markah
|
d)
ICT
|
10 markah
|
e) BAHASA*
|
10 markah
|
JUMLAH MARKAH
|
100 markah
|
2.
Setiap pembahas dalam debat tarung diberi masa 3 minit untuk
berucap. Agihannya adalah seperti berikut:
a) Pencadang
Ketiga
: 60 saat x 3 kali = 3 minit
b)
Pembangkang
Ketiga
: 60 saat x 3 kali = 3 minit
c)
Pencadang
Keempat
: 60 saat x 3 kali = 3 minit
d)
Pembangkang
Keempat
: 60 saat x 3 kali = 3 minit
SESI
SOALAN JURI : 4 MINIT (setiap pembahas ketiga)
1.
Setiap pembahas ketiga akan diberikan markah mengikut pembahagian
berikut;
Perkara
|
Markah Penuh
|
a) ISI
|
20 markah
|
b) STRATEGI/STRUKTUR
|
10 markah
|
c) GAYA PERSEMBAHAN
|
5 markah
|
d) ICT
|
5 markah
|
d) BAHASA*
|
10 markah
|
JUMLAH MARKAH
|
50 markah
|
2.
Setiap pembahas ketiga diberi masa selama 1 minit masa persediaan
dan 3 minit masa untuk menjawab soalan juri. Agihannya adalah seperti berikut:
a)
Pencadang
Ketiga
: 1 minit + 3 minit = 4 minit
b)
Pembangkang
Ketiga
: 1 minit + 3 minit = 4 minit
UCAPAN
PENGGULUNGAN : 4 MINIT (setiap pembahas keempat)
1.
Setiap pembahas keempat/penggulung akan diberikan markah mengikut
pembahagian berikut;
Perkara
|
Markah Penuh
|
a) ISI
|
20 markah
|
b) STRATEGI/STRUKTUR
|
10 markah
|
c) GAYA PERSEMBAHAN
|
5 markah
|
d) ICT
|
5 markah
|
d) BAHASA*
|
10 markah
|
JUMLAH MARKAH
|
50 markah
|
2.
Pembahas keempat akan memberi ucapan penggulungan. Pihak
Pembangkang akan memulakan Ucapan Penggulungan dan diikuti oleh pihak
Pencadang.
3.
Setiap penggulung diberi 4 minit untuk berucap.
RUJUKAN
UNTUK BORANG PEMARKAHAN
ISI
1.
Hakim perlu menilai isi dari segi hujah yang disampaikan dan bukan
dari gaya penyampaian hujah.
2.
Hakim sewajarnya (harus) menilai ketepatan dan kemantapan hujah
tanpa dipengaruhi oleh kepandaian pembahas berkata-kata.
3.
Penilaian isi juga termasuk penilaian dari segi ketepatan dan
kemantapan bidasan. Hakim dinasihati mengikut tahap kemampuan pelajar sekolah
menengah rendah.
4.
Tugas hakim adalah untuk menilai ketepatan dan kemantapan hujah
dan bukannya sama ada lawan boleh membidas hujah yang diberi. Jikalau hujahnya
kurang dari segi isi, markah untuk isi adalah kurang walaupun lawannya tidak
membidas.
5.
Jikalau hujah yang diberi adalah lemah dari segi kemantapan dan
ketepatan isi dan hujah itu tidak dilawan oleh pihak lawan, maka pihak yang
tidak membidas hujah tersebut telah melakukan kesalahan yang lebih serius
berbanding pihak yang menyampaikan hujah yang lemah itu kerana tidak mengambil
kesempatan membidas hujah yang lemah itu.
STRATEGI
1.
Strategi meliputi tiga (3) perkara iaitu struktur penghujahan,
agihan peruntukan masa berhujah serta pemahaman pembahas terhadap usul.
2.
Struktur penghujahan yang bermutu mempunyai pendahuluan, huraian
dan penutup yang jelas. Semasa penghujahan diberikan, kata kunci akan diberi
sebagai panduan arah tuju pembahas.
3.
Penghujahan perlu bersifat logik dan menunjukkan kesinambungan.
Hal ini penting terutamanya bagi menunjukkan aliran idea yang selari dari
pembahas pertama hinggalah pembahas keempat.
4.
Tempoh masa penghujahan adalah penting. Terdapat dua (2) aspek
yang berkaitan dalam hal ini iaitu berhujah dalam masa yang dibenarkan dan
memberi tempoh masa yang secukupnya untuk isu perhujahan.
5.
Pembahas sepatutnya memberi keutamaan kepada isi yang penting dan
diikuti oleh isi yang kurang penting.
6.
Secara umum, adalah lebih baik jikalau pembahas menyatakan bidasan
sebelum menyatakan isi/hujah sendiri kerana lebih logik untuk menafikan
pendirian pihak lawan sebelum menegakkan pendirian sendiri.
7.
Hakim tidak sepatutnya menghakimi ketepatan dan kemantapan
penghujahan sahaja tetapi, juga harus mengambil kira ketepatan masa dan
keutamaan isu.
8.
Pemahaman tentang isu - Pembahas perlu mengetahui isi-isi penting
dalam perbahasan. Berlaku pembaziran masa jikalau persoalan penting tidak
dibidas. Dalam keadaan pembahas tidak memahami isu yang penting dalam
perbahasan itu, ini bermakna pembahas tidak akan mendapat markah yang tinggi
dalam strategi.
9.
Hakim perlu mengetahui perbezaan antara strategi dan isi.
10.
Bayangkan dalam situasi seorang pembahas cuba membidas suatu isi
yang penting tetapi tidak membidas dengan baik, bermakna pembahas itu akan
mendapat markah yang rendah bagi isi kerana bidasannya kurang berkualiti. Namun
pembahas itu akan mendapat markah yang agak baik untuk strategi kerana dapat
membidas hujah yang sepatutnya.
GAYA
1.
Hakim tidak seharusnya terpengaruh dengan gaya pembahas yang
keterlaluan.
2.
Gaya termasuk cara pembahas berhujah iaitu sebutan dan bahasa
gerak badan.
3.
Penggunaan nota dan kad nota dibenarkan dan tidak harus didenda
kecuali pembahas ternyata membaca nota.
4.
Penggunaan gajet atau peralatan elektronik semasa berhujah juga boleh
diambilkira seandainya membantu penghujahan atau penyampaian pembahas.
5.
Hakim dinasihati agar bertoleransi dengan gaya bertutur dan
kepantasan menyampaikan hujah dan markah hanya dipotong jika gaya pembahas
melampaui batas.
BAHASA
1.
Penggunaan Bahasa Melayu Nusantara adalah dibenarkan sepanjang
sesi perdebatan. Bahasa baku tidak diwajibkan tetapi amat digalakkan.
2.
Aspek bahasa yang harus diambil kira adalah gaya bahasa/laras
debat, struktur ayat, tatabahasa dan kosa kata yang berkesan.
3.
Aspek lain yang turut dinilai adalah sebutan, kelancaran, nada dan
intonasi suara.
BIDASAN
1.
Pembahas sepatutnya membidas hujah dan bukan contoh, misalnya
pembahas pihak pencadang telah memberikan contoh yang lemah tetapi hujahnya
tepat dan mantap maka pembangkang sepatutnya membidas hujah dan bukannya
contoh tersebut.
2.
Selain itu, pembahas mungkin boleh memberikan beberapa
contoh/ analogi/ fakta bagi menerangkan hujah yang sama. Oleh itu, jika
pembahas daripada pihak lawan dapat membuat satu bidasan yang kukuh untuk
menumbangkan semua contoh yang diberi maka tidak perlu membidas setiap contoh.
PENGGULUNGAN
1.
Penggulungan merupakan rumusan tentang pendirian pembahas mengenai
isu yang diperdebat. Oleh itu, pembahas sepatutnya hanya menyatakan isu-isu
pasukan masing-masing dalam perbahasan tersebut.
2.
Dalam penggulungan, pembahas tidak digalakkan untuk memfokus
kepada perkara yang remeh-temeh atau contoh-contoh.
3.
Pembahas sepatutnya menitikberatkan isu-isu utama yang boleh
menyokong pendirian mereka dan seterusnya menggoyahkan pendirian pihak lawan.
4.
Sebagai panduan, jikalau pembahas memfokus kepada contoh dalam
penggulungan bermakna pembahas itu mungkin tidak memahami isu perbahasan atau
mungkin tidak memahami teknik perbahasan yang berkesan.
5.
Dalam penggulungan, pembahas tidak boleh mengemukakan hujah
baharu.
IZIN
LALUAN
1.
Semasa seseorang pembahas sedang berucap, pihak lawan dibenarkan
memohon izin laluan dalam tempoh masa yang dibenarkan.
2.
Hanya pembahas pertama dan kedua setiap pasukan sahaja yang boleh
memberi dan menerima izin laluan.
3.
Izin laluan ialah celahan formal yang ditujukan kepada pembahas
yang sedang berucap. Izin laluan boleh dilakukan dalam bentuk kenyataan, fakta,
soalan atau ayat-ayat pendek yang berkaitan dengan isu yang sedang dibahaskan.
4.
Tujuan utama izin laluan adalah untuk memberi atau meminta
maklumat lanjut tentang sesuatu isi yang sedang diucapkan.
5.
Pihak lawan boleh membetulkan fakta yang dianggap terpesong. Izin
laluan juga boleh digunakan untuk meminta penjelasan dan menyoal pihak lawan.
6.
Izin laluan boleh dilakukan oleh pihak lawan ketika seseorang
pembahas menyatakan hujahnya. Namun, pembahas tersebut boleh menerima atau
menolak izin laluan itu.
7.
Jikalau izin laluan itu diterima, pihak lawan boleh membetulkan
maklumat pembahas itu atau menyatakan soalan tentang isu yang dinyatakan dalam
perbahasan tersebut, khususnya yang baru diutarakan oleh pembahas.
8.
Dengan adanya izin laluan bermakna setiap pembahas akan mengambil
bahagian dari awal hingga akhir perbahasan dijalankan dan bukan hanya ketika
menyatakan hujah masing-masing.
9.
Pembahas seharusnya memainkan peranan memberi pandangannya. Walaupun
pandangannya mungkin tidak boleh diterima tetapi sekurang-kurangnya menunjukkan
pembahas itu ada mengambil bahagian atau cuba melibatkan diri dalam perbahasan.
10.
Masa selama 15 saat sahaja diperuntukkan untuk setiap izin laluan.
Izin laluan haruslah padat, tepat dan bernas.
11.
Izin laluan tidak boleh disalahgunakan untuk sengaja mengganggu
pihak lawan kerana terdapat etika yang wajib dipatuhi. Markah strategi akan
dikurangkan sekiranya melanggar etika ini.
ETIKA
IZIN LALUAN
1.
Pasukan lawan hanya dibenarkan memohon izin laluan antara minit
ke-2 dan minit ke-6 ucapan pembahas pertama dan kedua sahaja.
2.
Izin laluan tidak boleh dilakukan pada minit pertama dan minit
terakhir semasa pembahas sedang berucap. Loceng akan dibunyikan untuk
menandakan permulaan dan penamat masa yang ditetapkan untuk izin laluan.
3.
Tiada izin laluan semasa sesi debat tarung, sesi soalan juri dan
sesi penggulungan.
4.
Isyarat-isyarat hormat seperti mengangkat tangan atau berdiri
tegak hendaklah dilakukan semasa memohon izin laluan.
5.
Perlakuan yang kasar dan biadap seperti menepuk-nepuk meja atau
tangan, memetik jari, melambai-lambai, bersiul, menjerit dan apa-apa sahaja
yang sengaja dilakukan untuk tujuan mengganggu pihak lawan akan mengurangkan
markah strategi.
6.
Kata-kata yang diucapkan semasa izin laluan hendaklah sopan
danberbudi bahasa serta mencerminkan tatasusila, adab, budaya yang tinggi.
Menjerit, marah-marah dan mengejek pihak lawan adalah dilarang.
7.
Izin laluan dipohon dengan pembahas berdiri dan menyebut
Izin Laluan. Pembahas yang sedang berucap tidak semestinya menerima setiap izin
laluan yang ditujukan kepadanya.
8.
Pembahas boleh:
a)
Meminta pihak lawannya untuk duduk, ATAU
b)
Habiskan ayatnya dan terima izin laluan tersebut, ATAU
c)
Menerima izin laluan ketika itu
MEMOHON
DAN MENERIMA IZIN LALUAN
1.
Sepanjang perbahasan seseorang pembahas diwajibkan memohon
sekurang-kurangnya dua (2) kali izin laluan.
2.
Pembahas juga mesti menerima sekurang-kurangnya dua (2) kali izin
laluan yang ditujukan kepadanya.
3.
Peruntukan peraturan ini tidak tertakluk kepada pembahas ketiga
dan pembahas keempat. Mereka hanya akan terlibat dalam sesi debat tarung dan
penggulungan.
4.
Pembahas yang memohon izin laluan kurang dua (2) kali akan
kehilangan markah strategi.
5.
Pembahas yang tidak menjawab atau tidak menerima izin laluan
daripada pihak lawan juga akan kehilangan markah strategi.
6.
Izin laluan dalam tempoh yang dibenarkan perlu dihabiskan oleh
penyoal terlebih dahulu sebelum dijawab oleh penerima. Markah ditolak jika
melanggar etika ini.
7.
Panel hakim juga boleh menilai sama ada pembahas itu berbahas
secara spontan ataupun terikat kepada teks berdasarkan penglibatannya dalam
izin laluan.
8.
Sebarang perubahan atau penambahbaikan terhadap segala syarat dan
peraturan pertandingan debat ini tertakluk kepada budi bicara dan pertimbangan
teliti oleh pihak penganjur atas nasihat Bahagian Teknikal Penghakiman.
Disediakan
oleh:
Sekolah
Menengah Sains Batu Pahat
KM8,
Jalan Tanjung Laboh,
83000
Batu Pahat,
Johor
Darul Takzim.
assalamualaikum,lawan nanti dipilih secara rawak eh ?
ReplyDelete