Monday, December 1, 2014

Apakah Debat Tarung dalam Debat Junior SEHEBAT 2015


  1. Selepas semua pembahas berucap, pembahas keempat daripada kedua-dua pihak akan terlibat dalam sesi debat tarung. Terdapat 2 peringkat pelaksanaan bagi sesi debat tarung ini, iaitu sesi debat terbuka dan sesi soalan juri.
  2. Bagi sesi debat terbuka, setiap pembahas keempat diberi masa selama 90 saat (1 minit 30 saat) untuk mengemukakan apa jua isu berbangkit yang berkaitan dengan ucapan-ucapan substantif yang telah disampaikan lebih awal. Pembahas keempat disyorkan untuk membidas secara ringkas isu pihak lawan dan kemudiannya mengemukakan isu tambahan bagi pasukan sendiri.
  3. Perlakuan ini akan berlaku secara selang-seli antara pembahas keempat kedua-dua belah pihak. Loceng hanya akan dibunyikan setelah tamat 90 saat bagi menandakan pihak lawan boleh bangun untuk membidas dan mengemukakan isu pasukannya pula. Disyorkan agar setiap pembahas keempat memanfaatkan sepenuhnya peruntukan masa 90 saat berkenaan bagi membantu pasukan masing-masing.
  4. Setelah tamat sesi debat terbuka (iaitu tamat masa 9 minit yang diperuntukkan), maka sesi soalan daripada juri pula akan berlangsung. Pihak juri akan mengemukakan satu soalan sahaja (berdasarkan isu-isu yang dibangkitkan semasa sesi debat terbuka) kepada setiap pembahas keempat.
  5. Juri perlu mengemukakan soalan kepada pembahas dalam tempoh masa tidak melebihi 1 minit. Setiap juri akan dinasihatkan untuk memberikan soalan yang ringkas, padat dan tepat. Para pembahas diberi masa selama 1 minit (ruang masa senyap) untuk menyediakan jawapan kepada soalan berkenaan. Apabila tamatnya 1 minit, maka loceng akan dibunyikan dan pembahas keempat hendaklah mengemukakan jawapan lisan beliau dalam tempoh masa 3 minit sahaja.
  6. Sesi soalan juri ini bermula dengan jawapan daripada Menteri Keempat dan kemudiannya Pembangkang Keempat.
  7. Setelah tamatnya sesi soalan juri, maka pihak pembangkang akan memulakan sesi penggulungan kemudian diikuti oleh pihak kerajaan. Peruntukan masa selama 4 minit sahaja diperuntukkan kepada setiap penggulung.

 
SESI DEBAT TARUNG : 7 MINIT 30 SAAT

  1.  Setiap pembahas akan diberikan markah mengikut pembahagian berikut:
                                    a. Isi                = 30 markah
                                    b. Strategi                  = 30 markah
                                    c. Gaya           = 20 markah
                                    d. Bahasa      = 20 markah
                                       -------------------------------------
                                        Jumlah           = 100 markah
                                      -------------------------------------

Setiap pembahas dalam debat tarung diberi masa 7 minit 30 saat untuk berucap. Agihannya adalah seperti berikut:

 
Menteri Keempat : (90 saat x 3 kali) + 3 minit = 7 minit 30 saat

Pembangkang Keempat : (90 saat x 3 kali) + 3 minit = 7 minit 30 saat

 

 

No comments:

Post a Comment