Wednesday, October 29, 2014

Debat Junior SEHEBAT 2015

 
DEBAT JUNIOR SEHEBAT 2015 akan diadakan pada 3-5 April 2015. Terbuka kepada semua pasukan dari Sekolah Menengah seluruh Malaysia. Setiap pasukan mestilah terdiri daripada 4 orang pelajar iaitu 2 orang pelajar Tingkatan 1 dan 2 orang pelajar Tingkatan 2  (pada tahun 2015). Pasukan hendaklah diiringi oleh seorang guru pembimbing.
 
 
Konsep pertandingan adalah ala SEHEBAT iaitu gabungan dua jenis perbahasan.
 
I. Bahas Ala Parlimen (SBP) tiga orang peserta. (Penggulung mestilah daripada peserta pertama atau kedua)
 
2. Debat Tarung (SEHEBAT) seorang peserta. (Peserta diminta menjawab soalan daripada juri/hakim)
 
Sekiranya anda berminat, sila daftar untuk menjadi peserta pada tahun ini.