KERTAS KONSEP, SYARAT & PERATURAN PERTANDINGAN
SEHEBAT INTERNATIONAL JUNIOR DEBATE 2016
(DEBAT ANTARABANGSA JUNIOR
SEHEBAT 2016)
Tarikh:
31 MAC - 3 APRIL 2016
Tempat:
SEKOLAH MENENGAH SAINS BATU PAHAT,
JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA
NAMA
1. Pertandingan
ini dinamakan sebagai SEHEBAT INTERNATIONAL JUNIOR DEBATE 2016
atau dikenali sebagai PERTANDINGAN DEBAT ANTARABANGSA JUNIOR
SEHEBAT 2016 atau singkatannya DEBAT JUNIOR 2016.
FORMAT
1. Setiap
pasukan dianggotai oleh lima (5) orang
pembahas, terdiri daripada
a)
Dua
(2) orang pelajar Tingkatan Satu (berusia 13 tahun)
b)
Dua
(2) orang pelajar Tingkatan Dua (berusia 14 tahun)
c)
Satu
(1) orang pelajar Tingkatan Tiga (berusia 15 tahun)
2. Dalam
satu-satu perlawanan, 4 orang pembahas
utama akan berdebat manakala 1 orang
pembahas simpanan bertindak sebagai Juruteknik
ICT.
3. Setiap
pasukan perlu menyenaraikan seorang (1)
guru pengiring dan seorang (1)
pembimbing (guru/jurulatih/pelajar senior/alumni/mantan pelajar).
4. Satu
pasukan dikenali sebagai Pihak Pencadang
akan bertanding dengan satu pasukan lawan yang dikenali sebagai Pihak Pembangkang.
5. Pihak
Pencadang dianggotai oleh
a)
Pencadang
Pertama (Sesi Ucap Utama),
b)
Pencadang
Kedua (Sesi Ucap Utama),
c)
Pencadang
Ketiga (Sesi Debat Tarung),
d)
Pencadang
Keempat (Sesi Debat Tarung),
e)
Pencadang
Kelima (Juruteknik ICT Pasukan)
6. Pihak
Pembangkang pula dianggotai oleh
a)
Pembangkang
Pertama (Sesi Ucap Utama),
b)
Pembangkang
Kedua (Sesi Ucap Utama),
c)
Pembangkang
Ketiga (Sesi Debat Tarung),
d)
Pembangkang
Keempat (Sesi Debat Tarung),
e)
Pembangkang
Kelima (Juruteknik ICT Pasukan)
7. Peruntukan
masa dan giliran berucap adalah seperti berikut:
NO
|
KERAJAAN
|
MASA
|
NO
|
PEMBANGKANG
|
MASA
|
|
SESI
UCAP UTAMA
|
||||
1
|
Pencadang
Pertama
|
8 minit
|
2
|
Pembangkang
Pertama
|
8 minit
|
3
|
Pencadang
Kedua
|
8 minit
|
4
|
Pembangkang
Kedua
|
8 minit
|
|
SESI
DEBAT TARUNG
(Debat Terbuka)
|
||||
5
|
Pencadang
Ketiga
|
90 saat
|
6
|
Pembangkang
Ketiga
|
90 saat
|
7
|
Pencadang
Keempat
|
90 saat
|
8
|
Pembangkang
Keempat
|
90 saat
|
9
|
Pencadang
Ketiga
|
90 saat
|
10
|
Pembangkang
Ketiga
|
90 saat
|
11
|
Pencadang
Keempat
|
90 saat
|
12
|
Pembangkang
Keempat
|
90 saat
|
13
|
Pencadang
Ketiga
|
90 saat
|
14
|
Pembangkang
Ketiga
|
90 saat
|
15
|
Pencadang
Keempat
|
90 saat
|
16
|
Pembangkang
Keempat
|
90 saat
|
|
SESI
SOALAN JURI
|
||||
17
|
Pencadang
Ketiga
|
4 minit
|
18
|
Pembangkang
Ketiga
|
4 minit
|
|
SESI
PENGGULUNGAN
|
||||
20
|
Pencadang
Keempat
|
4 minit
|
19
|
Pembangkang
Keempat
|
4 minit
|
33
minit
|
33
minit
|
||||
|
JUMLAH
MASA : 70 – 90 minit
|
8. Pembahas
pertama kedua-dua pasukan dibenarkan untuk mengutarakan satu hujah sahaja. Pembahas kedua juga hanya mengutarakan satu hujah. Dalam satu-satu perlawanan,
setiap pasukan hanya perlu mengemukakan dua
hujah pasukan sahaja.
9. Pembahas
ketiga ditugaskan untuk terlibat dalam sesi
debat tarung, iaitu dalam sesi debat terbuka dan menjawab soalan
juri.
10.
Pembahas keempat pula
ditugaskan untuk terlibat dalam sesi
debat tarung, iaitu dalam sesi debat terbuka dan menyampaikan
ucapan penggulungan.
11.
Pembahas kelima bertugas
selaku Juruteknik ICT Pasukan bagi
menyelenggara sebarang bentuk paparan multimedia, aplikasi gajet mahupun
perkakasan elektronik.
12. Peranan dan bidang tugas setiap pembahas adalah seperti berikut:
PERANAN SETIAP PEMBAHAS
|
|||
No
|
PIHAK PENCADANG
|
No
|
PIHAK PEMBANGKANG
|
|
SESI UCAP UTAMA
|
||
1
|
PENCADANG PERTAMA
-
Pendirian Pencadang
-
Definisi Pencadang
-
Hujah Pertama Pencadang
-
Penegasan
-
Memberi & Menjawab Izin
Laluan
|
2
|
PEMBANGKANG PERTAMA
-
Pendirian Pembangkang
-
Bidas Definisi & Hujah 1
Pencadang
-
Hujah Pertama Pembangkang
-
Penegasan
-
Memberi & Menjawab Izin
Laluan
|
3
|
PENCADANG KEDUA
-
Pendirian Pencadang
-
Bidas Definisi & Hujah 1
Pembangkang
-
Hujah Kedua Pencadang
-
Penegasan
-
Memberi & Menjawab Izin
Laluan
|
4
|
PEMBANGKANG KEDUA
-
Pendirian Pembangkang
-
Bidas Hujah 2 Pencadang
-
Hujah Kedua Pembangkang
-
Penegasan
-
Memberi & Menjawab Izin
Laluan
|
|
SESI DEBAT TARUNG
(Debat Terbuka)
|
||
5
9
13
|
PENCADANG KETIGA
-
Membidas segala
kenyataan/fakta yang dikemukakan oleh pihak pembangkang
-
Menegaskan pendirian dan
menyokong hujah pihak pencadang dengan memberi fakta baru
|
6
10
14
|
PEMBANGKANG KETIGA
-
Membidas segala
kenyataan/fakta yang dikemukakan oleh pihak pencadang
-
Menegaskan pendirian dan
menyokong hujah pihak pembangkang dengan memberi fakta baru
|
7
11
15
|
PENCADANG KEEMPAT
-
Membidas segala
kenyataan/fakta yang dikemukakan oleh pihak pembangkang
-
Menegaskan pendirian dan
menyokong hujah-hujah pencadang dengan memberi fakta baru
|
8
12
16
|
PEMBANGKANG KEEMPAT
-
Membidas segala
kenyataan/fakta yang dikemukakan oleh pihak pencadang
-
Menegaskan pendirian dan
menyokong hujah-hujah pembangkang dengan memberi fakta baru
|
|
SESI SOALAN JURI
|
||
17
|
PENCADANG KETIGA
-
Mendengar & memahami
soalan juri
-
Menjawab soalan juri dengan
tepat
-
Penegasan
|
18
|
PEMBANGKANG KETIGA
-
Mendengar & memahami
soalan juri
-
Menjawab soalan juri dengan
tepat
-
Penegasan
|
|
SESI PENGGULUNGAN
|
||
20
|
PENCADANG KEEMPAT
-
Rumusan & Bidasan Hujah
Pembangkang
-
Pengukuhan Hujah Pencadang
|
19
|
PEMBANGKANG KEEMPAT
-
Rumusan & Bidasan Hujah
Pencadang
-
Pengukuhan Hujah Pembangkang
|
13. Semasa
satu pihak sedang berucap, ahli-ahli pasukan lawan boleh memohon izin laluan bermula pada minit pertama (paparan kad masa 7:00) hingga minit ketujuh (paparan kad masa 1:00).
14. Hanya pembahas pertama dan
kedua daripada setiap pasukan sahaja yang dibenarkan untuk memberi dan menjawab
izin laluan daripada pihak lawan. Setiap
pembahas diwajibkan untuk memberi dan menjawab sekurang-kurangnya dua (2) izin laluan.
15. Selepas
pembahas pertama dan kedua berucap, pembahas
ketiga dan pembahas keempat daripada
kedua-dua pihak akan terlibat dalam sesi debat
tarung. Terdapat 2 peringkat pelaksanaan bagi sesi debat tarung ini, iaitu sesi
debat terbuka dan sesi soalan juri.
16.
Bagi sesi debat terbuka, setiap pembahas ketiga dan keempat diberi masa
selama 90 saat (1 minit 30 saat) untuk
mengemukakan apa jua isu berbangkit yang berkaitan dengan ucapan-ucapan perdebatan
yang telah disampaikan lebih awal.
17.
Para pembahas disyorkan untuk membidas secara ringkas isu pihak lawan
dan kemudiannya mengemukakan isu/fakta
tambahan bagi pasukan sendiri.
18.
Perlakuan ini akan berlaku
secara selang-seli antara pembahas ketiga dan keempat kedua-dua belah pihak. Setiap
pembahas akan berpeluang untuk berucap dalam sesi debat terbuka
sekurang-kurangnya sebanyak 3 kali
setiap seorang.
19.
Loceng hanya akan dibunyikan
setelah tamat 90 saat bagi menandakan pihak lawan boleh bangun untuk membidas
dan mengemukakan isu pasukannya pula.
20. Disyorkan
agar setiap pembahas memanfaatkan
sepenuhnya masa 90 saat berkenaan
bagi membantu mengukuhkan hujah dan pendirian pasukan masing-masing.
21. Setelah
tamat sesi debat terbuka (iaitu tamat masa keseluruhan 18 minit yang
diperuntukkan), maka sesi soalan
daripada juri pula akan berlangsung.
22.
Pihak juri akan mengemukakan satu soalan sahaja (berdasarkan isu-isu
yang dibangkitkan semasa sesi debat terbuka) kepada setiap pembahas ketiga.
23.
Juri perlu mengemukakan soalan
kepada pembahas ketiga dalam tempoh masa tidak
melebihi 1 minit. Setiap juri akan dinasihatkan untuk memberikan soalan
yang ringkas, padat dan tepat.
24.
Pembahas ketiga diberi masa
selama 1 minit (ruang masa senyap) untuk menyediakan jawapan kepada
soalan berkenaan.
25.
Apabila tamatnya 1 minit, maka loceng akan dibunyikan sekali
dan pembahas ketiga hendaklah mengemukakan jawapan lisan beliau dalam tempoh
masa 4 minit sahaja.
26.
Loceng akan dibunyikan sekali
pada minit ketiga menandakan baki 1 minit lagi untuk menjawab soalan juri.
Loceng dibunyikan dua kali apabila tamat tempoh masa 4 minit.
27.
Sesi soalan juri ini bermula
dengan jawapan daripada Pencadang Ketiga
dan kemudiannya Pembangkang Ketiga.
28.
Setelah tamatnya sesi soalan
juri, maka Pembangkang Keempat akan memulakan sesi penggulungan kemudian
diikuti oleh Pencadang Keempat.
29.
Peruntukan masa selama 4 minit sahaja diperuntukkan kepada
setiap penggulung.
30. Loceng
akan dibunyikan sekali pada minit ketiga menandakan baki 1 minit lagi untuk
ucapan penggulungan. Loceng dibunyikan dua kali apabila tamat tempoh masa 4 minit.
KELAYAKAN
1. Pertandingan
ini hanya terbuka kepada para pelajar
Tingkatan 1, 2 dan 3 (Umur 13-15 tahun) bagi sesi persekolahan tahun semasa
(2016) daripada semua sekolah
menengah di Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei Darussalam.
2. Setiap
sekolah hanya dibenarkan menghantar satu
pasukan debat Bahasa Melayu sahaja untuk pertandingan ini, iaitu wajib
terdiri daripada
a)
Dua
(2) orang pelajar Tingkatan Satu (berusia 13 tahun)
b)
Dua
(2) orang pelajar Tingkatan Dua (berusia 14 tahun)
c)
Satu
(1) orang pelajar Tingkatan Tiga (berusia 15 tahun)
3. Setiap
pasukan hanya boleh mendaftarkan lima (5) orang pembahas, seorang (1) guru
pengiring dan seorang (1) pembimbing.
4. Setiap
pasukan hanya boleh diwakili oleh para pelajar yang sedang belajar di sekolah berkenaan sahaja.
5. Pendaftaran
pasukan hendaklah disahkan secara rasmi oleh pihak sekolah menerusi Guru
Pengiring masing-masing sebelum menyerahkan Borang Penyertaan Pasukan kepada
Urus Setia Pertandingan semasa sesi pendaftaran (Khamis, 31 Mac 2016).
6. Borang Penyertaan Pasukan
semasa sesi pendaftaran kelak hendaklah disertakan dengan SATU SALINAN SIJIL
KELAHIRAN / MYKAD untuk setiap pembahas bagi
tujuan pengesahan umur setiap peserta oleh pihak penganjur.
7.
Umur pembahas hendaklah antara
13 hingga 15 tahun pada tahun
pertandingan. Kegagalan mematuhi syarat ini akan menyebabkan penyertaan pasukan
berkenaan terbatal secara automatik.
8. Ahli
pasukan yang telah didaftarkan secara rasmi tidak boleh diganti dengan peserta
lain sepanjang pertandingan. Pelanggaran terhadap peraturan ini akan
membatalkan penyertaan pasukan yang terlibat.
PENGHAKIMAN
1. Bahagian
teknikal penghakiman akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak penganjur.
2. Semua
pertandingan debat pusingan awal akan dihakimi sama ada secara juri agung (supreme judge), iaitu hanya seorang sahaja hakim yang akan
mengadili satu-satu sesi perlawanan ataupun menggunakan tiga (3)
orang hakim bagi setiap sesi perlawanan (bergantung kepada kesesuaian dan jumlah hakim bertugas).
3.
Namun begitu, pihak penganjur
akan berusaha sebaik mungkin untuk menyediakan sekurang-kurangnya tiga (3) orang hakim bertugas bagi
setiap pusingan awal.
4.
Pusingan suku akhir akan
dihakimi oleh tiga (3) orang hakim bagi
setiap sesi perlawanan.
5.
Pusingan separuh akhir pula akan
dihakimi oleh lima (5) orang hakim bagi
setiap sesi perlawanan.
6.
Pertandingan akhir akan
dihakimi oleh sekurang-kurangnya tujuh
(7) orang hakim yang dilantik oleh pihak teknikal penghakiman.
7.
Para hakim akan diberi
taklimat tentang peraturan penghakiman sebelum pertandingan.
8.
Para hakim dilarang untuk
mengadili pertandingan yang melibatkan pasukan sekolah/alma mater mereka
sendiri. Namun begitu, larangan ini akan terbatal sekiranya tiada hakim lain
pada ketika itu dan setelah mempeoleh persetujuan kedua-dua pasukan yang
bertanding.
9.
Pasukan yang mendapat undi
majoriti panel hakim akan diumumkan sebagai pemenang pertandingan. Markah
terkumpul setiap pasukan tidak akan
dijadikan asas untuk menentukan pemenang pertandingan.
10. Pengerusi
Debat atau petugas dewan akan memungut borang keputusan semua hakim selepas
keputusan diumumkan. Para hakim TIDAK
DIBENARKAN UNTUK BERBINCANG atau merujuk sesama mereka berhubung dengan
keputusan yang dibuat.
11. Pembahas terbaik setiap
perlawanan akan diputuskan melalui sistem
juri. Terdapat dua gelaran pembahas
terbaik yang akan ditentukan oleh para hakim, iaitu Pendebat Utama Terbaik dan Pendebat
Tarung Terbaik.
12. Sekiranya
berlaku persamaan markah, maka markah keseluruhan tertinggi pembahas akan
diambil kira untuk menentukan pembahas terbaik. Nama pembahas terbaik akan
diumumkan sebaik sahaja selepas perbahasan dilaksanakan.
13. Semua hakim diwajibkan
untuk membuat ulasan selepas
perbahasan berakhir dalam tempoh masa tidak lebih daripada lima (5) minit.
14. Ulasan
hakim hendaklah berfokus kepada kekuatan dan kelemahan setiap pasukan dalam
aspek isi, strategi dan gaya persembahan secara ringkas dan bersifat umum.
Ulasan hendaklah tidak menyentuh peribadi mana-mana pembahas secara khusus.
STRUKTUR
DAN SISTEM PERTANDINGAN
1. Sebanyak
dua puluh (20) buah sekolah/pasukan dibenarkan untuk bertanding pada tahun ini
dan akan diagihkan menerusi undian ke dalam 4 buah kumpulan (A, B, C & D).
KUMPULAN
A
|
KUMPULAN
B
|
KUMPULAN
C
|
KUMPULAN
D
|
A1
|
B1
|
C1
|
D1
|
A2
|
B2
|
C2
|
D2
|
A3
|
B3
|
C3
|
D3
|
A4
|
B4
|
C4
|
D4
|
A5
|
B5
|
C5
|
D5
|
2. Setiap
pasukan akan bertanding sekurang-kurangnya dalam 4 pusingan awal yang diadakan
menurut sistem liga berkumpulan.
3.
Setiap
pasukan juga berpeluang untuk mendapat sekali ‘bye’ (tanpa perlu bertanding
bagi pusingan berkenaan) untuk membolehkan mereka menonton pasukan lain.
PUSINGAN AWAL 1
|
Jumaat, 1 April 2016
8.00 pagi – 10.00 pagi
|
||
TEMA
|
SUKAN
|
||
SKOP
|
MUTU
BOLA SEPAK
|
||
USUL
|
Akan
diumumkan pada hari Isnin, 29 Februari 2016
|
||
KOD PERLAWANAN
|
PASUKAN
|
PASUKAN
|
SIDANG
|
PA01
|
A1
|
A2
|
1
|
PA02
|
A3
|
A4
|
2
|
|
A5 - Bye
|
||
PA03
|
B1
|
B2
|
3
|
PA04
|
B3
|
B4
|
4
|
|
B5 - Bye
|
||
PA05
|
C1
|
C2
|
5
|
PA06
|
C3
|
C4
|
6
|
|
C5 - Bye
|
||
PA07
|
D1
|
D2
|
7
|
PA08
|
D3
|
D4
|
8
|
|
D5 - Bye
|
PUSINGAN AWAL 2
|
Jumaat, 1 April 2016
10.30 pagi – 12.30 tengah
hari
|
||
TEMA
|
TEKNOLOGI
MAKLUMAT & KOMUNIKASI
|
||
SKOP
|
PENGGUNA
INTERNET
|
||
USUL
|
Akan
diumumkan pada hari Isnin, 29 Februari 2016
|
||
KOD PERLAWANAN
|
PASUKAN
|
PASUKAN
|
SIDANG
|
PA09
|
A1
|
A3
|
1
|
PA10
|
A2
|
A5
|
2
|
|
A4 - Bye
|
||
PA11
|
B1
|
B3
|
3
|
PA12
|
B2
|
B5
|
4
|
|
B4 - Bye
|
||
PA13
|
C1
|
C3
|
5
|
PA14
|
C2
|
C5
|
6
|
|
C4 - Bye
|
||
PA15
|
D1
|
D3
|
7
|
PA16
|
D2
|
D5
|
8
|
|
D4 - Bye
|
PUSINGAN AWAL 3
|
Jumaat, 1 April 2016
3.00 petang – 5.00 petang
|
||
TEMA
|
SAINS
|
||
SKOP
|
KEMANDIRIAN
BUMI
|
||
USUL
|
Akan
diumumkan pada hari Isnin, 29 Februari 2016
|
||
KOD PERLAWANAN
|
PASUKAN
|
PASUKAN
|
SIDANG
|
PA17
|
A1
|
A5
|
1
|
PA18
|
A2
|
A4
|
2
|
|
A3 - Bye
|
||
PA19
|
B1
|
B5
|
3
|
PA20
|
B2
|
B4
|
4
|
|
B3 - Bye
|
||
PA21
|
C1
|
C5
|
5
|
PA22
|
C2
|
C4
|
6
|
|
C3 - Bye
|
||
PA23
|
D1
|
D5
|
7
|
PA24
|
D2
|
D4
|
8
|
|
D3 - Bye
|
PUSINGAN AWAL 4
|
Jumaat, 1 April 2016
8.00 malam – 10.00 malam
|
||
TEMA
|
PENDIDIKAN
|
||
SKOP
|
PERKEMBANGAN
DIRI KANAK-KANAK
|
||
USUL
|
Akan
diumumkan pada hari Isnin, 29 Februari 2016
|
||
KOD PERLAWANAN
|
PASUKAN
|
PASUKAN
|
SIDANG
|
PA25
|
A1
|
A4
|
1
|
PA26
|
A3
|
A5
|
2
|
|
A2 - Bye
|
||
PA27
|
B1
|
B4
|
3
|
PA28
|
B3
|
B5
|
4
|
|
B2 - Bye
|
||
PA29
|
C1
|
C4
|
5
|
PA30
|
C3
|
C5
|
6
|
|
C2 - Bye
|
||
PA31
|
D1
|
D4
|
7
|
PA32
|
D3
|
D5
|
8
|
|
D2 - Bye
|
PUSINGAN AWAL 5
|
Sabtu, 2 April 2016
8.00 pagi – 10.00 pagi
|
||
TEMA
|
ALAM
SEKITAR
|
||
SKOP
|
PENCEMARAN
|
||
USUL
|
Akan
diumumkan pada hari Isnin, 29 Februari 2016
|
||
KOD PERLAWANAN
|
PASUKAN
|
PASUKAN
|
SIDANG
|
PA33
|
A2
|
A3
|
1
|
PA34
|
A4
|
A5
|
2
|
|
A1 - Bye
|
||
PA35
|
B2
|
B3
|
3
|
PA36
|
B4
|
B5
|
4
|
|
B1 - Bye
|
||
PA37
|
C2
|
C3
|
5
|
PA38
|
C4
|
C5
|
6
|
|
C1 - Bye
|
||
PA39
|
D2
|
D3
|
7
|
PA40
|
D4
|
D5
|
8
|
|
D1 - Bye
|
4. Johan
dan Naib Johan bagi setiap kumpulan akan bertanding di peringkat suku akhir.
5. Perlawanan
peringkat suku akhir, separuh akhir dan pertandingan akhir akan dilaksanakan
secara menang mara.
PERINGKAT
SUKU AKHIR
|
Sabtu, 2 April 2016
10.30 pagi – 12.30 tengah
hari
|
||
TEMA
|
KEMERDEKAAN
|
||
SKOP
|
SUBJEK
SEJARAH
|
||
USUL
|
Akan
diumumkan pada hari Isnin, 29 Februari 2016
|
||
KOD PERLAWANAN
|
PASUKAN
|
PASUKAN
|
SIDANG
|
PQ41
|
Johan A
|
Naib Johan C
|
1
|
PQ42
|
Johan B
|
Naib Johan D
|
2
|
|
|||
PQ43
|
Johan C
|
Naib Johan B
|
3
|
PQ44
|
Johan D
|
Naib Johan A
|
4
|
PERINGKAT
SEPARUH AKHIR
|
Sabtu, 2 April 2016
2.30 petang – 4.30 petang
|
||
TEMA
|
SAINS
|
||
SKOP
|
NILAI
KREATIVITI
|
||
USUL
|
Akan
diumumkan pada hari Isnin, 29 Februari 2016
|
||
KOD PERLAWANAN
|
PASUKAN
|
PASUKAN
|
SIDANG
|
PS45
|
Pemenang PQ41
|
Pemenang PQ42
|
1
|
PS46
|
Pemenang PQ43
|
Pemenang PQ44
|
2
|
PERTANDINGAN AKHIR
|
Ahad, 3 April 2016
8.30 pagi – 10.30 pagi
|
||
TEMA
|
KEADILAN
SEJAGAT
|
||
SKOP
|
GERAKAN
MASSA
|
||
USUL
|
Akan
diumumkan pada hari Isnin, 29 Februari 2016
|
||
KOD PERLAWANAN
|
PASUKAN
|
PASUKAN
|
SIDANG
|
PF47
|
Pemenang PS45
|
Pemenang PS46
|
Dewan Seri Banang
|
*Tertakluk kepada sebarang
perubahan oleh pihak penganjur.
6. SEMUA KEPUTUSAN HAKIM ADALAH
MUKTAMAD.
7. Sekiranya
terdapat sebarang bantahan berasas terhadap keputusan para hakim, maka bantahan
secara bertulis boleh dibuat dalam tempoh lima belas (15) minit selepas
pertandingan kepada Bahagian Teknikal Penghakiman Debat Junior 2016.
8. Bayaran
deposit sebanyak RM300.00 (Tiga Ratus Ringgit sahaja) akan
dikenakan bagi setiap bantahan yang dibuat.
9.
Jika bantahan diterima atau
ditolak oleh Bahagian Teknikal Penghakiman, bayaran deposit tidak akan
dipulangkan kepada pasukan yang membuat bantahan berkenaan.
10. Keputusan Bahagian Teknikal Penghakiman setelah mempertimbangkan
bantahan pasukan berkenaan adalah muktamad dan tidak boleh dicabar melalui
apa-apa jua cara sekalipun (termasuklah perundangan). Keputusan yang dibuat
akan mengambilkira kepentingan umum dan mencerminkan ketelusan serta
kredibiliti pihak penganjur dan teknikal penghakiman.
TATACARA
PERTANDINGAN
1. Sejumlah
LAPAN USUL RASMI PERTANDINGAN akan
diumumkan oleh pihak penganjur melalui paparan blog bagi memudahkan persediaan
setiap pasukan.
2. Undian
penentuan pasukan di dalam kumpulan pula akan dilakukan semasa sesi taklimat
pertandingan.
3.
Peranan pasukan (sama ada
pencadang atau pembangkang) akan diundi sebelum bermulanya sesi kuarantin.
4.
Setelah sesi panggilan pasukan
(roll-call) dilakukan sebelum bermulanya setiap perlawanan, para pembahas akan
diiringi ke bilik kuarantin masing-masing.
5.
Masa
kuarantin adalah antara 15 hingga 30 minit.
6.
Atas faktor logistik dan
pengurusan, maka ditetapkan bahawa PIHAK
PENCADANG akan dikuarantinkan DI
DALAM BILIK PERTANDINGAN/SIDANG MASING-MASING. Semua pasukan yang
dikuarantinkan ini akan dikawal selia oleh petugas masing-masing.
7. Manakala, PIHAK PEMBANGKANG pula
akan dikuarantinkan DI DALAM DEWAN
TAKLIMAT (sama ada di Pusat Sumber SEHEBAT atau Dewan Seri Banang)
8. Setiap
pasukan yang dikuarantinkan hendaklah terdiri daripada LIMA (5) orang pembahas dan
SEORANG (1) pembimbing pasukan berkenaan.
9.
Fungsi pembimbing ini (sama
ada bekas pelajar, pelajar senior, guru atau jurulatih) adalah untuk memberi panduan sewaktu sesi kuarantin
berlangsung.
10.
Fungsi Pembahas Kelima adalah sebagai Pengurus Pasukan dan Juruteknik
ICT. Pembahas Kelima juga adalah peserta
simpanan yang akan menguruskan penggunaan komputer riba, gajet elektronik dan
juga LCD mahupun Televisyen LCD semasa tempoh kuarantin dan juga semasa
perlawanan berlangsung.
11.
Sebarang percubaan oleh
mana-mana pihak lain (selain daripada 5 orang pembahas dan seorang pembimbing
ini) untuk menceroboh masuk ke bilik kuarantin atau tindakan yang boleh
mengganggu sesi kuarantin, sama ada dengan niat atau tidak dalam tempoh
kuarantin dijalankan akan dipandang serius oleh Bahagian Teknikal Penghakiman.
12.
Pihak penganjur boleh mengambil tindakan
susulan terhadap pihak terbabit berdasarkan maklumat yang telah diterima
daripada semua pihak berkepentingan.
13.
Penggunaan komputer riba,
gajet elektronik, dan sebarang perkakasan yang memiliki akses kepada laman
sesawang atau Internet DIBENARKAN SEMASA
SESI KUARANTIN.
14.
Sebarang bahan bercetak BOLEH DIBAWA SEBAGAI RUJUKAN semasa
sesi kuarantin dan/atau semasa bertanding dan BOLEH DIPAPARKAN KEPADA AUDIENS SEBAGAI BAHAN BUKTI (contohnya,
mengangkat keratan akhbar atau majalah bagi membuktikan kenyataan pembahas).
15.
Pasukan yang bertanding juga
boleh menggunakan Komputer dan LCD serta Skrin atau Televisyen LCD untuk
memaparkan bukti atau fakta pasukan.
16.
Semua peralatan atau gajet
elektronik harus dibawa atau disediakan oleh pasukan itu sendiri. Keselamatan
gajet elektronik dan komputer riba adalah atas tanggungjawab pasukan itu
sendiri.
17.
Semasa bertanding, tiada
tempoh masa tambahan diberikan atas pengendalian alatan elektronik tersebut.
18.
Pihak penganjur tidak akan
menyediakan apa-apa gajet atau perkakasan elektronik bagi kegunaan pasukan
bertanding. Penyediaan semua peralatan tersebut adalah atas inisiatif dan
tanggungjawab pasukan masing-masing.
19.
Pasukan-pasukan yang
bertanding disarankan agar membawa modem mudah alih sendiri untuk memastikan
kemudahan akses kepada laman sesawang diperoleh pada setiap masa.
20.
Peruntukan masa kuarantin
ditetapkan antara 15 hingga 30 minit
sahaja bergantung kepada pengumuman Bahagian Teknikal Penghakiman.
21.
Setiap pasukan dikehendaki
untuk berada di dalam bilik pertandingan 5 minit sebelum perbahasan bermula
bagi melancarkan pertandingan. Pasukan yang gagal hadir setelah 15 minit
bermulanya pertandingan akan diisytiharkan kalah secara automatik.
22. Sebarang
bantuan dalam apa jua bentuk daripada penonton atau penyokong ketika perbahasan
dijalankan adalah dilarang sama sekali. Pengerusi
Debat berhak memaklumkannya kepada Ketua Hakim untuk tindakan lanjut.
PERANAN PENGERUSI DEBAT
1. Setiap
sesi pertandingan bahas akan dipengerusikan oleh seorang PENGERUSI DEBAT bagi
memastikan kelancaran pertandingan. Dalam kes-kes tertentu, PENGERUSI DEBAT boleh
dilantik dalam kalangan hakim yang bertugas, terutamanya Ketua Hakim.
2. PENGERUSI
DEBAT tidak boleh membuat sebarang ulasan terhadap pembahas atau perbahasan
semasa pertandingan sedang berlangsung.
3.
PENGERUSI DEBAT mesti peka
pada sebarang bentuk bantuan yang diberikan atau gangguan terhadap pembahas dan
memaklumkan kepada Ketua Hakim untuk tindakan selanjutnya.
4.
Ketua Hakim berkuasa untuk
meminta pihak yang terbabit meninggalkan bilik perbahasan bagi memastikan
pertandingan dapat berlangsung dalam suasana yang adil dan selesa.
5.
PENGERUSI DEBAT perlu memberi
peruntukan masa yang sesuai kepada para hakim untuk mengisi markah. PENGERUSI
DEBAT hendaklah menunggu isyarat daripada Ketua Hakim sebelum meneruskan
perbahasan oleh pembahas seterusnya.
6. PENGERUSI
DEBAT akan mengumumkan mengumumkan keputusan pertandingan, pembahas terbaik dan
pendebat tarung terbaik.
PERANAN PENJAGA MASA
1. Penjaga
Masa perlu memastikan setiap pembahas
diperuntukkan lapan (8) minit untuk berbahas, 90 saat untuk sesi debat terbuka,
empat (4) minit untuk sesi soalan juri dan empat (4) minit untuk menggulung.
2. Penjaga
masa akan membunyikan loceng selepas minit pertama (1:00) dan pada minit
ketujuh (7:00) untuk menandakan ruang masa yang dibenarkan untuk pihak lawan
memohon izin laluan. Pada akhir minit kelapan (8:00), loceng akan dibunyikan
sebanyak dua kali.
3.
Kad masa akan ditunjukkan oleh
penjaga masa bagi memaklumkan baki masa yang tinggal pada setiap 1 minit (count down).
4.
Memastikan peruntukan masa 90
saat diberikan kepada setiap pembahas ketiga dan pembahas keempat dalam sesi
debat terbuka.
5.
Memberi masa maksimum sebanyak
satu (1) minit masa persediaan kepada kedua-dua pembahas ketiga untuk
menyediakan jawapan kepada soalan juri.
6.
Memastikan peruntukan masa
empat (4) minit diberikan kepada setiap pembahas ketiga dalam sesi soalan juri.
7.
Memberi masa maksimum sebanyak
satu (1) minit masa persediaan kepada kedua-dua pasukan untuk menyediakan
ucapan penggulungan.
8.
Semasa menjawab soalan juri
atau ucapan penggulungan, penjaga masa akan membunyikan loceng sekali pada
minit ketiga (1:00) bagi menandakan pembahas mempunyai baki masa sebanyak 1
minit. Pada akhir minit keempat, loceng akan dibunyikan dua kali untuk
menandakan berakhirnya masa untuk menjawab soalan juri atau tamatnya tempoh ucapan
penggulungan.
9. Penjaga
masa perlu memastikan semua keputusan, fail hakim dan peralatan perbahasan
dihantar ke Bilik Urus Setia Bahas setelah selesainya pertandingan perbahasan.
SISTEM
PEMARKAHAN
SESI UCAP UTAMA : 8 MINIT (setiap seorang pembahas)
1. Setiap
pembahas akan diberikan markah mengikut pembahagian berikut:
Perkara
|
Markah
Penuh
|
a)
ISI
|
40 markah
|
b)
STRATEGI/STRUKTUR
|
25 markah
|
c)
GAYA
PERSEMBAHAN
|
25 markah
|
d)
BAHASA*
|
10 markah
|
JUMLAH MARKAH
|
100 markah
|
*Penggunaan Bahasa Melayu Nusantara
2. Setiap
pembahas pertama dan kedua diberi masa 8 minit untuk berucap.
SESI DEBAT TERBUKA : 4 MINIT 30 SAAT (setiap seorang pembahas)
1. Setiap
pembahas akan diberikan markah mengikut pembahagian berikut:
Perkara
|
Markah
Penuh
|
a)
ISI
|
40 markah
|
b)
STRATEGI/STRUKTUR
|
25 markah
|
c)
GAYA
PERSEMBAHAN
|
25 markah
|
d)
BAHASA*
|
10 markah
|
JUMLAH MARKAH
|
100 markah
|
2. Setiap
pembahas dalam debat tarung diberi masa 4 minit 30 saat untuk berucap.
Agihannya adalah seperti berikut:
a) Pencadang
Ketiga :
90 saat x 3 kali = 4 minit 30 saat
b)
Pembangkang Ketiga : 90 saat x 3 kali = 4 minit
30 saat
c)
Pencadang Keempat : 90 saat x 3 kali = 4
minit 30 saat
d) Pembangkang
Keempat : 90 saat x 3 kali =
4 minit 30 saat
SESI SOALAN JURI : 4 MINIT (setiap pembahas ketiga)
1. Setiap pembahas ketiga akan diberikan markah mengikut pembahagian
berikut;
Perkara
|
Markah
Penuh
|
a)
ISI
|
20 markah
|
b)
STRATEGI/STRUKTUR
|
10 markah
|
c)
GAYA
PERSEMBAHAN
|
10 markah
|
d)
BAHASA*
|
10 markah
|
JUMLAH MARKAH
|
50 markah
|
2. Setiap pembahas ketiga diberi masa selama 1 minit masa persediaan dan 4
minit masa untuk menjawab soalan juri. Agihannya adalah seperti berikut:
a) Pencadang Ketiga :
1 minit + 4 minit = 5 minit
b) Pembangkang Ketiga :
1 minit + 4 minit = 5 minit
UCAPAN PENGGULUNGAN : 4 MINIT (setiap pembahas keempat)
1. Setiap pembahas keempat/penggulung akan diberikan markah mengikut
pembahagian berikut;
Perkara
|
Markah
Penuh
|
a)
ISI
|
20 markah
|
b)
STRATEGI/STRUKTUR
|
10 markah
|
c)
GAYA
PERSEMBAHAN
|
10 markah
|
d)
BAHASA*
|
10 markah
|
JUMLAH MARKAH
|
50 markah
|
2. Pembahas keempat akan memberi ucapan penggulungan. Pihak Pembangkang
akan memulakan Ucapan Penggulungan dan diikuti oleh pihak Pencadang.
3. Setiap
penggulung diberi 4 minit untuk berucap.
RUJUKAN
UNTUK BORANG PEMARKAHAN
ISI
1. Hakim perlu menilai isi dari segi hujah yang disampaikan dan bukan dari
gaya penyampaian hujah.
2.
Hakim sewajarnya (harus)
menilai ketepatan dan kemantapan hujah tanpa dipengaruhi oleh kepandaian
pembahas berkata-kata.
3.
Penilaian isi juga termasuk
penilaian dari segi ketepatan dan kemantapan bidasan. Hakim dinasihati mengikut
tahap kemampuan pelajar sekolah menengah rendah.
4.
Tugas hakim adalah untuk
menilai ketepatan dan kemantapan hujah dan bukannya sama ada lawan boleh
membidas hujah yang diberi. Jikalau hujahnya kurang dari segi isi, markah untuk
isi adalah kurang walaupun lawannya tidak membidas.
5. Jikalau hujah yang diberi adalah lemah dari segi kemantapan dan
ketepatan isi dan hujah itu tidak dilawan oleh pihak lawan, maka pihak yang
tidak membidas hujah tersebut telah melakukan kesalahan yang lebih serius
berbanding pihak yang menyampaikan hujah yang lemah itu kerana tidak mengambil
kesempatan membidas hujah yang lemah itu.
STRATEGI
1. Strategi
meliputi tiga (3) perkara iaitu struktur penghujahan, agihan peruntukan masa
berhujah serta pemahaman pembahas
terhadap usul.
2. Struktur penghujahan
yang bermutu mempunyai pendahuluan, huraian dan penutup yang jelas. Semasa
penghujahan diberikan, kata kunci akan diberi sebagai panduan arah tuju
pembahas.
3.
Penghujahan perlu bersifat
logik dan menunjukkan kesinambungan. Hal ini penting terutamanya bagi
menunjukkan aliran idea yang selari dari pembahas pertama hinggalah pembahas
keempat.
4.
Tempoh masa penghujahan adalah
penting. Terdapat dua (2) aspek yang berkaitan dalam hal ini iaitu berhujah
dalam masa yang dibenarkan dan memberi tempoh masa yang secukupnya untuk
isu perhujahan.
5.
Pembahas sepatutnya memberi
keutamaan kepada isi yang penting dan diikuti oleh isi yang kurang penting.
6.
Secara umum, adalah lebih baik
jikalau pembahas menyatakan bidasan sebelum menyatakan isi/hujah sendiri kerana
lebih logik untuk menafikan pendirian pihak lawan sebelum menegakkan pendirian
sendiri.
7.
Hakim tidak sepatutnya
menghakimi ketepatan dan kemantapan penghujahan sahaja tetapi, juga harus
mengambil kira ketepatan masa dan keutamaan isu.
8.
Pemahaman
tentang isu - Pembahas perlu mengetahui
isi-isi penting dalam perbahasan. Berlaku pembaziran masa jikalau persoalan
penting tidak dibidas. Dalam keadaan pembahas tidak memahami isu yang penting
dalam perbahasan itu, ini bermakna pembahas tidak akan mendapat markah yang
tinggi dalam strategi.
9.
Hakim perlu mengetahui
perbezaan antara strategi dan isi.
10. Bayangkan
dalam situasi seorang pembahas cuba membidas suatu isi yang penting tetapi
tidak membidas dengan baik, bermakna pembahas itu akan mendapat markah yang
rendah bagi isi kerana bidasannya kurang berkualiti. Namun pembahas itu akan
mendapat markah yang agak baik untuk strategi kerana dapat membidas hujah yang
sepatutnya.
GAYA
1. Hakim
tidak seharusnya terpengaruh dengan gaya pembahas yang keterlaluan.
2. Gaya
termasuk cara pembahas berhujah iaitu sebutan dan bahasa gerak badan.
3. Penggunaan
nota dan kad nota dibenarkan dan tidak harus didenda kecuali pembahas ternyata
membaca nota.
4.
Penggunaan gajet atau
peralatan elektronik semasa berhujah juga boleh diambilkira seandainya membantu
penghujahan atau penyampaian pembahas.
5. Hakim
dinasihati agar bertoleransi dengan gaya bertutur dan kepantasan menyampaikan
hujah dan markah hanya dipotong jika gaya pembahas melampaui batas.
BAHASA
1. Penggunaan Bahasa Melayu Nusantara adalah dibenarkan sepanjang sesi
perdebatan. Bahasa baku tidak diwajibkan.
2. Aspek
bahasa yang harus diambil kira adalah gaya bahasa/laras debat, struktur ayat,
tatabahasa dan kosa kata yang berkesan.
3. Aspek lain yang turut dinilai adalah sebutan, kelancaran, nada dan
intonasi suara.
BIDASAN
1. Pembahas
sepatutnya membidas hujah dan bukan contoh, misalnya pembahas pihak pencadang
telah memberikan contoh yang lemah tetapi hujahnya tepat dan mantap maka
pembangkang sepatutnya membidas hujah
dan bukannya contoh tersebut.
2. Selain
itu, pembahas mungkin boleh memberikan
beberapa contoh/analogi/fakta bagi menerangkan hujah yang sama. Oleh
itu, jika pembahas daripada pihak lawan dapat membuat satu bidasan yang kukuh
untuk menumbangkan semua contoh yang diberi maka tidak perlu membidas setiap
contoh.
PENGGULUNGAN
1. Penggulungan
merupakan rumusan tentang pendirian pembahas mengenai isu yang diperdebat. Oleh
itu, pembahas sepatutnya hanya menyatakan isu-isu pasukan masing-masing dalam
perbahasan tersebut.
2. Dalam
penggulungan, pembahas tidak digalakkan untuk
memfokus kepada perkara yang remeh-temeh atau contoh-contoh.
3. Pembahas
sepatutnya menitikberatkan isu-isu utama yang boleh menyokong pendirian mereka
dan seterusnya menggoyahkan pendirian pihak lawan.
4. Sebagai
panduan, jikalau pembahas memfokus kepada contoh dalam penggulungan bermakna
pembahas itu mungkin tidak memahami isu perbahasan atau mungkin tidak memahami teknik perbahasan yang berkesan.
5. Dalam
penggulungan, pembahas tidak boleh mengemukakan hujah baharu.
IZIN LALUAN
1. Semasa
seseorang pembahas sedang berucap, pihak lawan dibenarkan memohon izin laluan
dalam tempoh masa yang dibenarkan.
2. Hanya
pembahas pertama dan kedua setiap pasukan sahaja yang boleh memberi dan
menerima izin laluan.
3.
Izin laluan ialah celahan
formal yang ditujukan kepada pembahas yang sedang berucap. Izin laluan boleh
dilakukan dalam bentuk kenyataan, fakta, soalan atau ayat-ayat pendek yang
berkaitan dengan isu yang sedang dibahaskan.
4.
Tujuan utama izin laluan
adalah untuk memberi atau meminta maklumat lanjut tentang sesuatu isi yang
sedang diucapkan.
5.
Pihak lawan boleh membetulkan
fakta yang dianggap terpesong. Izin laluan juga boleh digunakan untuk meminta
penjelasan dan menyoal pihak lawan.
6.
Izin laluan boleh dilakukan
oleh pihak lawan ketika seseorang pembahas menyatakan hujahnya. Namun, pembahas
tersebut boleh menerima atau menolak izin laluan itu.
7.
Jikalau izin laluan itu
diterima, pihak lawan boleh membetulkan maklumat pembahas itu atau menyatakan
soalan tentang isu yang dinyatakan dalam perbahasan tersebut, khususnya yang
baru diutarakan oleh pembahas.
8.
Dengan adanya izin laluan
bermakna setiap pembahas akan mengambil bahagian dari awal hingga akhir
perbahasan dijalankan dan bukan hanya ketika menyatakan hujah masing-masing.
9.
Pembahas seharusnya memainkan
peranan memberi pandangannya. Walaupun pandangannya mungkin tidak boleh
diterima tetapi sekurang-kurangnya menunjukkan pembahas itu ada mengambil
bahagian atau cuba melibatkan diri dalam perbahasan.
10.
Masa selama 15 saat sahaja diperuntukkan untuk
setiap izin laluan. Izin laluan
haruslah padat, tepat dan bernas.
11. Izin laluan tidak boleh disalahgunakan untuk sengaja mengganggu pihak
lawan kerana terdapat etika yang wajib dipatuhi. Markah strategi akan dikurangkan sekiranya melanggar etika ini.
ETIKA IZIN LALUAN
1. Pasukan lawan hanya dibenarkan memohon izin laluan antara minit ke-2 dan
minit ke-7 ucapan pembahas pertama dan kedua sahaja.
2. Izin laluan tidak boleh dilakukan pada minit pertama dan minit terakhir
semasa pembahas sedang berucap. Loceng akan dibunyikan untuk menandakan
permulaan dan penamat masa yang ditetapkan untuk izin laluan.
3. Tiada izin laluan semasa sesi debat tarung, sesi soalan juri dan sesi
penggulungan.
4. Isyarat-isyarat hormat seperti mengangkat tangan atau berdiri tegak
hendaklah dilakukan semasa memohon izin laluan.
5. Perlakuan yang kasar dan biadap seperti menepuk-nepuk meja atau tangan,
memetik jari, melambai-lambai, bersiul, menjerit dan apa-apa sahaja yang
sengaja dilakukan untuk tujuan mengganggu pihak lawan akan mengurangkan markah strategi.
6. Kata-kata yang diucapkan semasa izin laluan hendaklah sopan danberbudi
bahasa serta mencerminkan tatasusila, adab, budaya yang tinggi. Menjerit,
marah-marah dan mengejek pihak lawan adalah dilarang.
7. Izin laluan dipohon dengan pembahas berdiri dan menyebut Izin
Laluan. Pembahas yang sedang berucap tidak semestinya menerima setiap izin
laluan yang ditujukan kepadanya.
8. Pembahas boleh:
a)
Meminta pihak lawannya untuk
duduk, ATAU
b)
Habiskan ayatnya dan terima
izin laluan tersebut, ATAU
c)
Menerima izin laluan ketika
itu
MEMOHON
DAN MENERIMA IZIN LALUAN
1. Sepanjang
perbahasan seseorang pembahas diwajibkan
memohon sekurang-kurangnya dua (2) kali izin laluan.
2. Pembahas
juga mesti menerima sekurang-kurangnya
dua (2) kali izin laluan yang ditujukan kepadanya.
3. Peruntukan peraturan ini tidak
tertakluk kepada pembahas ketiga dan pembahas keempat. Mereka
hanya akan terlibat dalam sesi debat tarung dan penggulungan.
4. Pembahas
yang memohon izin laluan kurang dua (2) kali akan kehilangan markah strategi.
5. Pembahas
yang tidak menjawab atau tidak menerima izin laluan daripada pihak lawan juga
akan kehilangan markah strategi.
6. Izin
laluan dalam tempoh yang dibenarkan perlu dihabiskan oleh penyoal terlebih
dahulu sebelum dijawab oleh penerima. Markah ditolak jika melanggar etika ini.
7. Panel
hakim juga boleh menilai sama ada pembahas itu berbahas secara spontan ataupun
terikat kepada teks berdasarkan penglibatannya dalam izin laluan.
Sebarang
perubahan atau penambahbaikan terhadap segala syarat dan peraturan pertandingan
debat ini tertakluk kepada budi bicara dan pertimbangan teliti oleh pihak
penganjur atas nasihat Bahagian Teknikal Penghakiman.
No comments:
Post a Comment