PERATURAN DAN SYARAT
PERTANDINGAN DEBAT JUNIOR
SEHEBAT 2014
4 - 6 APRIL 2014, SM SAINS
BATU PAHAT, JOHOR DARUL TAKZIM
NAMA
1.1
Pertandingan ini dinamakan
sebagai PERTANDINGAN DEBAT JUNIOR SEHEBAT 2014.
FORMAT
2.1
Setiap pasukan bahas yang
mewakili sekolah hendaklah dianggotai oleh empat (4) orang pembahas utama.
2.2
Pasukan pencadang yang
dikenali sebagai Pihak Kerajaan akan
bertanding dengan pasukan pembangkang yang dikenali sebagai Pihak Pembangkang.
2.3
Pihak Kerajaan dianggotai oleh
Perdana Menteri, Menteri Kedua, Menteri Ketiga dan Menteri
Keempat (Penggulung).
2.4
Pihak Pembangkang dianggotai
oleh Ketua Pembangkang, Pembangkang Kedua, Pembangkang Ketiga dan Pembangkang
Keempat (Penggulung).
2.5
Peruntukan masa dan giliran
berucap adalah seperti berikut:
NO
|
KERAJAAN
|
MASA
|
NO
|
PEMBANGKANG
|
MASA
|
1
|
Perdana Menteri
|
8 minit
|
2
|
Ketua Pembangkang
|
8 minit
|
3
|
Menteri Kedua
|
8 minit
|
4
|
Pembangkang Kedua
|
8 minit
|
5
|
Menteri Ketiga
|
8 minit
|
6
|
Pembangkang Ketiga
|
8 minit
|
8
|
Penggulungan:
Menteri Keempat
|
4 minit
|
7
|
Ucapan Penggulungan:
Pembangkang Keempat
|
4 minit
|
2.6
Pembahas pertama kedua-dua
pasukan dibenarkan untuk mengutarakan satu
hujah sahaja. Pembahas kedua pula wajib mengutarakan dua hujah. Pembahas ketiga tidak boleh mengutarakan hujah-hujah
baru tetapi tugas mereka adalah untuk membidas
hujah-hujah pasukan lawan. Pembahas keempat pula ditugaskan untuk
menyampaikan ucapan penggulungan.
2.7
Semasa satu pihak sedang
berucap, ahli-ahli pasukan lawan boleh memohon
izin laluan bermula pada minit
pertama (paparan kad masa 7:00) hingga minit
ketujuh (paparan kad masa 1:00).
2.8
Selepas semua pembahas
berucap, pembahas keempat daripada
kedua-dua pihak akan menyampaikan ucapan
penggulungan. Pihak pembangkang akan memulakan sesi penggulungan kemudian
diikuti oleh pihak kerajaan.
KELAYAKAN
3.1 Pertandingan
ini hanya terbuka kepada para pelajar
Tingkatan 1 dan 2 bagi sesi persekolahan tahun semasa (2014) daripada semua sekolah menengah di Malaysia.
3.2
Setiap sekolah hanya
dibenarkan menghantar satu pasukan
sahaja untuk pertandingan ini.
3.3
Setiap pasukan hanya boleh
mendaftarkan empat (4) orang pembahas utama.
3.4
Setiap pasukan hanya boleh
diwakili oleh para pelajar/murid yang sedang
belajar di sekolah berkenaan sahaja.
3.5
Pendaftaran pasukan hendaklah
disahkan secara rasmi oleh pihak sekolah menerusi Guru Pengiring sebelum
diserahkan kepada Urus Setia Pertandingan semasa sesi pendaftaran (Jumaat, 4
April 2014). Pengesahan penyertaan
pasukan semasa sesi pendaftaran kelak hendaklah disertakan dengan SATU
SALINAN SIJIL KELAHIRAN / MYKAD untuk setiap pembahas bagi tujuan
pengesahan usia setiap peserta oleh pihak penganjur.
3.6
Umur peserta/pembahas
hendaklah antara 13 hingga 14 tahun (Murid
Tingkatan 1 dan/atau 2) pada tahun pertandingan. Kegagalan untuk mematuhi
syarat ini akan menyebabkan penyertaan pasukan berkenaan terbatal secara
automatik.
3.7
Ahli pasukan yang telah
didaftarkan dan disahkan secara rasmi tidak boleh diganti oleh peserta lain
sepanjang pertandingan. Pelanggaran terhadap peraturan ini akan membatalkan
penyertaan pasukan yang terlibat.
PENGHAKIMAN
4.1
Bahagian teknikal penghakiman
akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak penganjur.
4.2
Semua pertandingan debat
pusingan awal akan dihakimi secara juri
agung (supreme judge), iaitu
hanya seorang sahaja hakim yang akan mengadili satu-satu sesi perlawanan.
4.3
Pusingan suku akhir akan
dihakimi oleh tiga (3) orang hakim bagi
setiap sesi perlawanan.
4.4
Pusingan separuh akhir akan
dihakimi oleh lima (5) orang hakim bagi
setiap sesi perlawanan.
4.5
Pertandingan akhir akan
dihakimi oleh tujuh (7) orang hakim
yang dilantik oleh pihak teknikal penghakiman.
4.6
Para hakim akan diberi
taklimat tentang peraturan penghakiman sebelum pertandingan dimulakan.
4.7
Para hakim dilarang untuk
mengadili pertandingan yang melibatkan pasukan sekolah/alma mater mereka
sendiri. Namun begitu, larangan ini akan terbatal sekiranya tiada hakim lain
pada ketika itu dan setelah mempeoleh persetujuan kedua-dua pasukan yang
bertanding.
4.8
Pasukan yang mendapat undi
majoriti panel hakim akan diumumkan sebagai pemenang pertandingan. Markah
terkumpul setiap pasukan tidak akan
dijadikan asas untuk menentukan pemenang pertandingan.
4.9
Speaker dewan akan memungut
borang keputusan semua hakim selepas keputusan diumumkan. Para hakim TIDAK DIBENARKAN UNTUK BERBINCANG atau
merujuk dalam kalangan mereka berhubung dengan keputusan yang telah dibuat.
4.10
Pembahas terbaik setiap perlawanan akan diputuskan melalui sistem juri. Sekiranya berlaku persamaan markah, maka markah
tertinggi pembahas akan diambil kira untuk menentukan pembahas terbaik. Nama
pembahas terbaik akan diumumkan selepas perbahasan
dilaksanakan.
4.11
Semua hakim diwajibkan
untuk membuat ulasan selepas
perbahasan berakhir dalam tempoh masa antara satu (1) minit hingga empat
(4) minit.
4.12
Ulasan hakim hendaklah
berfokus kepada kekuatan dan kelemahan dalam aspek isi, bahasa dan gaya
persembahan secara ringkas dan bersifat umum. Ulasan hendaklah tidak menyentuh
peribadi mana-mana pembahas secara khusus.
STRUKTUR DAN SISTEM PERTANDINGAN
5.1
Semua
enam belas (16) buah sekolah yang bertanding akan diundi dan diagihkan ke dalam
empat (4) buah kumpulan, iaitu Kumpulan A, B, C dan D.
5.2
Setiap pasukan akan bertanding
secara liga berkumpulan (dalam kumpulan masing-masing).
5.3
Posisi/kedudukan setiap
pasukan dalam kumpulan akan ditentukan berdasarkan turutan kriteria berikut;
a)
jumlah menang/kalah
b)
jumlah juri (jika bersesuaian)
c)
jumlah margin (perbezaan markah antara pasukan)
d)
jumlah markah pasukan
5.4
Setelah tamatnya tiga (3)
pusingan awal, maka dua (2) buah pasukan terbaik dalam setiap kumpulan (Johan Kumpulan dan Naib Johan Kumpulan) akan layak ke peringkat suku akhir.
5.5
Perlawanan suku akhir, separuh
akhir dan pertandingan akhir akan dilaksanakan secara menang mara (atau kalah mati).
5.6
SEMUA KEPUTUSAN HAKIM ADALAH MUKTAMAD.
5.7
Sekiranya terdapat sebarang
bantahan berasas terhadap keputusan para hakim, maka bantahan secara bertulis
boleh dibuat dalam tempoh tiga puluh (30) minit selepas pertandingan kepada
Bahagian Teknikal Penghakiman Debat Junior SEHEBAT 2014.
5.8
Bayaran deposit sebanyak
RM150.00 (Satu Ratus Lima Puluh Ringgit sahaja) akan dikenakan bagi setiap
bantahan yang dibuat. Jika bantahan diterima atau ditolak oleh Bahagian
Teknikal Penghakiman, bayaran deposit tersebut tidak akan dipulangkan kepada
pasukan yang membuat bantahan berkenaan.
TATACARA PERTANDINGAN
6.1 Sejumlah
ENAM USUL PERTANDINGAN akan
diumumkan oleh pihak penganjur Pertandingan Debat Junior SEHEBAT 2014 bagi
memudahkan persediaan setiap pasukan.
6.2
Undian penentuan pasukan di
dalam kumpulan pula akan dilakukan semasa sesi taklimat pertandingan. Undian
ini juga akan menentukan peranan pasukan sama ada selaku kerajaan atau
pembangkang bagi setiap pusingan yang akan ditandingi.
6.3
Setelah sesi panggilan pasukan
(roll-call) dilakukan sebelum bermulanya setiap perlawanan, para pembahas akan
diiringi ke bilik kuarantin masing-masing.
6.4
Atas faktor logistik dan
pengurusan pertandingan, maka ditetapkan bahawa SEMUA PIHAK KERAJAAN akan dikuarantinkan DI DALAM BILIK SIDANG MASING-MASING. Manakala SEMUA PIHAK PEMBANGKANG pula akan dikuarantinkan DI DALAM DEWAN TAKLIMAT. Semua pasukan
yang dikuarantinkan di bilik sidang akan dikawal selia oleh petugas
masing-masing.
6.5
Setiap pasukan yang
dikuarantinkan hendaklah terdiri daripada EMPAT
(4) orang pembahas utama dan SEORANG (1) pembimbing yang berkaitan dengan
pasukan berkenaan. Fungsi pembimbing ini (hendaklah terdiri daripada sama
ada bekas pelajar, pelajar senior, guru pengiring atau jurulatih) adalah untuk memberi panduan sewaktu sesi kuarantin
berlangsung.
6.6
Sebarang percubaan oleh
mana-mana pihak lain (selain daripada 4 orang pembahas dan seorang pembimbing)
untuk menceroboh masuk ke bilik kuarantin atau tindakan yang boleh mengganggu
sesi kuarantin, sama ada dengan niat atau tidak dalam tempoh kuarantin
dijalankan akan dipandang serius oleh Bahagian Teknikal Penghakiman. Pihak
penganjur boleh mengambil tindakan susulan terhadap pihak terbabit berdasarkan
maklumat yang telah diterima daripada semua pihak berkepentingan.
6.7
Penggunaan komputer riba,
gajet elektronik, dan sebarang perkakasan yang memiliki akses kepada laman
sesawang atau Internet TIDAK DIBENARKAN
SEMASA SESI KUARANTIN. Penggunaan telefon bimbit TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.
6.8
Sebarang bahan bercetak BOLEH DIBAWA SEBAGAI RUJUKAN semasa sesi
kuarantin dan/atau semasa bertanding tetapi TIDAK BOLEH DIPAPARKAN KEPADA AUDIENS SEBAGAI BAHAN BUKTI (contohnya,
mengangkat keratan akhbar atau majalah bagi membuktikan kenyataan pembahas).
6.9
Pasukan-pasukan yang
bertanding disarankan agar membawa modem mudah alih sendiri untuk memastikan
kemudahan akses kepada laman sesawang diperoleh pada setiap masa.
6.10
Peruntukan masa kuarantin
ditetapkan antara 15 hingga 30 minit
sahaja bergantung kepada pengumuman Bahagian Teknikal Penghakiman.
6.11
Setiap pasukan dikehendaki
untuk berada di dalam bilik pertandingan dalam jangkasama 5 minit sebelum
perbahasan bermula bagi melancarkan pertandingan. Pasukan yang gagal hadir
setelah 15 minit bermulanya pertandingan akan diisytiharkan kalah secara
automatik.
6.12
Sebarang bantuan daripada
penonton atau penyokong ketika perbahasan dijalankan adalah dilarang sama
sekali. Speaker Dewan berhak memaklumkannya kepada Ketua Hakim untuk tindakan
lanjut.
PERANAN SPEAKER DEWAN / TUAN YANG DIPERTUA DEWAN
7.1
Setiap sesi pertandingan bahas
akan dipengerusikan oleh seorang speaker dewan bagi memastikan kelancaran
pertandingan. Dalam kes-kes tertentu, speaker dewan boleh dilantik dalam
kalangan hakim yang bertugas, terutamanya Ketua Hakim.
7.2
Speaker dewan tidak boleh
membuat sebarang ulasan terhadap pembahas atau perbahasan semasa pertandingan
sedang berlangsung.
7.3
Speaker dewan mesti peka pada
sebarang bentuk bantuan yang diberikan atau gangguan kepada pembahas dan
memaklumkan kepada Ketua Hakim untuk tindakan selanjutnya. Ketua Hakim berkuasa
untuk meminta pihak yang terbabit meninggalkan bilik perbahasan bagi memastikan
pertandingan dapat berlangsung dalam suasana yang adil dan selesa.
7.4
Speaker dewan perlu memberi peruntukan
masa yang sesuai kepada para hakim untuk mengisi markah. Speaker dewan
hendaklah menunggu isyarat daripada Ketua Hakim sebelum meneruskan perbahasan
oleh pembahas seterusnya.
7.5
Speaker Dewan akan mengumumkan
mengumumkan keputusan pertandingan dan pembahas terbaik.
PERANAN PENJAGA MASA / BENTARA DEWAN
8.1
Petugas dewan (penjaga masa /
bentara dewan) perlu memastikan setiap pembahas diperuntukkan lapan (8) minit
untuk berbahas dan empat (4) minit untuk menggulung.
8.2
Penjaga masa akan membunyikan
loceng selepas minit pertama (1:00) dan pada minit ketujuh (7:00) untuk
menandakan ruang masa yang dibenarkan untuk pihak lawan memohon izin laluan.
Pada akhir minit kelapan (8:00), loceng akan dibunyikan sebanyak dua kali.
8.3
Kad masa akan ditunjukkan oleh
penjaga masa bagi memaklumkan baki masa yang tinggal pada setiap 1 minit (count
down).
8.4
Memberi masa maksimum sebanyak
tiga (3) minit masa persediaan kepada kedua-dua pasukan untuk menyediakan ucapan
penggulungan.
8.5
Semasa ucapan penggulungan,
penjaga masa akan membunyikan loceng sekali pada minit ketiga (1:00) bagi
menandakan pembahas mempunyai baki masa sebanyak 1 minit. Pada akhir minit
keempat, loceng akan dibunyikan dua kali untuk menandakan berakhirnya ucapan
penggulungan.
8.6
Penjaga masa/bentara dewan perlu
memastikan semua keputusan, fail hakim dan peralatan perbahasan dihantar ke
Bilik Urus Setia Bahas setelah selesainya pertandingan perbahasan.
GARIS PANDUAN PERANAN PEMBAHAS (Borang Catatan Hakim)
|
PERDANA MENTERI
|
KETUA PEMBANGKANG
|
||||||||||
1
|
Mohon IL
|
|
|
Terima IL
|
|
|
Mohon IL
|
|
|
Terima IL
|
|
|
2
|
Definisi Kerajaan
|
Bidas Definisi Kerajaan (Setuju/Tolak)
Beri Definisi Pembangkang
|
Bidas Perdana Menteri
|
|||||||||
3
|
Pendirian Pasukan
|
Pendirian Pasukan
|
||||||||||
4
|
Bidang Tugas / Peranan Ahli Pasukan
|
Bidang Tugas / Peranan Ahli Pasukan
|
||||||||||
5
|
Hujah Pertama Kerajaan
|
Hujah Pertama Pembangkang
|
||||||||||
6
|
Penegasan Hujah / Pendirian
|
Penegasan Hujah / Pendirian
|
||||||||||
|
MENTERI KEDUA
|
PEMBANGKANG KEDUA
|
||||||||||
1
|
Mohon IL
|
|
|
Terima IL
|
|
|
Mohon IL
|
|
|
Terima IL
|
|
|
2
|
Bidas Definisi Pembangkang
(Setuju/Pinda Semula)
|
Bidas Menteri Kedua / Hujah Ketiga
|
||||||||||
Bidas Menteri Kedua / Hujah Kedua
|
||||||||||||
3
|
Bidas Ketua Pembangkang / Hujah Pertama
|
Bidas Perdana Menteri / Hujah Pertama
|
||||||||||
4
|
Hujah Kedua Kerajaan
|
Hujah Kedua Pembangkang
|
||||||||||
5
|
Hujah Ketiga Kerajaan
|
Hujah Ketiga Pembangkang
|
||||||||||
6
|
Penegasan Hujah / Pendirian
|
Penegasan Hujah / Pendirian
|
||||||||||
|
MENTERI KETIGA
|
PEMBANGKANG KETIGA
|
||||||||||
1
|
Mohon IL
|
|
|
Terima IL
|
|
|
Mohon IL
|
|
|
Terima IL
|
|
|
2
|
Bidas Pembangkang Kedua / Hujah Ketiga
|
Bidas Menteri Ketiga
|
||||||||||
3
|
Bidas Pembangkang Kedua / Hujah Kedua
|
Bidas Menteri Kedua / Hujah Ketiga
|
||||||||||
Bidas Menteri Kedua / Hujah Kedua
|
||||||||||||
4
|
Bidas Ketua Pembangkang / Hujah Pertama
|
Bidas Perdana Menteri / Hujah Pertama
|
||||||||||
5
|
Penegasan Hujah-Hujah Kerajaan
|
Penegasan Hujah-Hujah Pembangkang
|
||||||||||
6
|
Penegasan Pendirian
|
Penegasan Pendirian
|
||||||||||
BORANG
CATATAN RUMUSAN PENGGULUNGAN
PENGGULUNGAN PIHAK
PEMBANGKANG
(PEMBANGKANG
KEEMPAT)
|
PENGGULUNGAN PIHAK
KERAJAAN
(MENTERI KEEMPAT)
|
Bidasan Terhadap
Kerajaan
Hujah 1 -
Hujah 2 -
Hujah 3 -
|
Bidasan Terhadap
Pembangkang
Hujah 1 -
Hujah 2 -
Hujah 3 -
|
Rumusan Pembangkang
Hujah 1 -
Hujah 2 -
Hujah 3 -
|
Rumusan Kerajaan
Hujah 1 -
Hujah 2 -
Hujah 3 -
|
SISTEM PEMARKAHAN
9.1
UCAP
UTAMA / UCAPAN SUBSTANTIF : 8 MINIT
9.1.1 Setiap pembahas akan diberikan markah mengikut
pembahagian berikut:
a.
Isi = 30 markah
b.
Strategi = 30 markah
c.
Gaya =
20 markah
d.
Bahasa = 20 markah
-------------------------------------
Jumlah =
100 markah
-------------------------------------
9.1.2
Setiap pembahas diberi 8 minit
untuk berucap.
9.2 UCAPAN PENGGULUNGAN : 4 MINIT
9.2.1 Setiap pembahas akan
diberikan markah seperti berikut :
a.
Bidasan = 25 markah
b.
Rumusan = 25 markah
-------------------------------------
Jumlah
= 50 markah
-------------------------------------
9.2.2
Pembahas keempat akan memberi
ucapan penggulungan. Pihak Pembangkang akan memulakan Ucapan Penggulungan dan
diikuti oleh pihak Kerajaan.
9.2.3
Setiap penggulung diberi 4
minit untuk berucap.
RUJUKAN UNTUK BORANG PEMARKAHAN
10.1 AGIHAN MARKAH
Peruntukan markah bagi setiap
pembahas adalah seperti berikut :
·
Isi = 30 markah
·
Strategi = 30 markah
·
Gaya = 20 markah
·
Bahasa = 20 markah
11.1ISI
11.1.1 Hakim perlu
menilai isi dari segi hujah yang disampaikan dan bukan dari gaya penyampaian hujah.
Hakim sewajarnya (harus) menilai ketepatan dan kemantapan hujah tanpa
dipengaruhi oleh kepandaian pembahas berkata-kata.
11.1.2 Penilaian
isi juga termasuk penilaian dari segi ketepatan dan kemantapan bidasan. Hakim
dinasihati mengikut tahap kemampuan pelajar sekolah menengah rendah.
11.1.3 Tugas hakim
adalah untuk menilai ketepatan dan kemantapan hujah dan bukannya sama ada lawan
boleh membidas hujah yang diberi. Jikalau hujahnya kurang dari segi isi, markah
untuk isi adalah kurang walaupun lawannya tidak membidas.
11.1.4 Jikalau
hujah yang diberi adalah lemah dari segi kemantapan dan ketepatan isi dan hujah
itu tidak dilawan oleh pihak lawan, maka pihak yang tidak membidas hujah
tersebut telah melakukan kesalahan yang lebih serius berbanding pihak yang
menyampaikan hujah yang lemah itu kerana tidak mengambil kesempatan membidas
hujah yang lemah itu. Namun begitu, bidasan yang dibuat harus berdasarkan intipati
hujah dan bukannya berdasarkan contoh dan analogi.
11.2GAYA
11.2.1 Hakim tidak seharusnya terpengaruh dengan gaya pembahas
yang keterlaluan.
11.2.2 Gaya termasuk cara pembahas berhujah iaitu sebutan
dan bahasa gerak badan.
11.2.3 Penggunaan nota dan kad nota dibenarkan dan tidak harus
didenda kecuali pembahas ternyata membaca nota.
11.2.4 Hakim dihasihati bertoleransi dengan gaya bertutur dan
kepantasan menyampaikan hujah dan markah hanya dipotong jika gaya pembahas
melampaui batas.
11.3STRATEGI
11.3.1 Strategi memerlukan pemerhatian yang lebih dan meliputi
dua (2) konsep iaitu struktur penghujahan dan peruntukan masa berhujah
serta pemahaman pembahas terhadap
usul bahas.
11.3.2 Struktur Penghujahan yang bermutu mempunyai pendahuluan, huraian dan penutup
yang jelas. Semasa penghujahan diberikan, kata kunci akan diberi sebagai
panduan arah tuju pembahas. Penghujahan perlu bersifat logik dan menunjukan
kesinambungan. Hal ini penting terutamanya pembahas pertama mewakili kerajaan
dan pembahas ketiga bagi pihak pembangkang menyampaikan hujah mereka. Oleh itu,
hujah merupakan salah satu komponen strategi.
11.3.3 Tempoh masa penghujahan adalah penting. Terdapat dua (2)
aspek yang berkaitan dalam hal ini iaitu berhujah dalam masa yang dibenarkan
dan memberi tempoh masa yang secukupnya untuk isu perhujahan.
11.3.4 Pembahas sepatutnyan memberi keutamaan kepada isi yang
penting dan diikuti oleh isi yang kurang penting. Secara umum, adalah lebih
baik jikalau pembahas menyatakan bidasan sebelum menyatakan isi/hujah kerana
lebih logik untuk menafikan pendirian pihak lawan sebelum menegakkan pendirian
pembahas.
11.3.5 Hakim tidak sepatutnya menghakimi ketepatan dan kemantapan
penghujahan sahaja tetapi, juga harus mengambil kira ketepatan masa dan
keutamaan isu.
11.3.6 Pemahaman tentang isu - Pembahas perlu mengetahui isi-isi penting dalam
perbahasan. Berlaku pembaziran masa jikalau persoalan penting tidak dibidas.
Dalam keadaan pembahas tidak memahami isu yang penting dalam perbahasan itu,
ini bermakna pembahas tidak akan mendapat markah yang tinggi dalam strategi.
11.3.7 Hakim perlu mengetahui perbezaan antara strategi dan isi.
Bayangkan dalam situasi seorang pembahas cuba membidas suatu isi yang penting
tetapi tidak membidas dengan baik, bermakna pembahas itu akan mendapat markah
yang rendah bagi isi kerana bidasannya. Namun pembahas itu akan mendapat markah
yang agak baik untuk strategi kerana dapat membidas hujah yang sepatutnya.
11.3.8 Maksimum lima (5) markah strategi akan ditolak sekiranya para pembahas mengubah
usul perbahasan.
11.4BAHASA
11.4.1 Aspek bahasa yang harus diambil kira ialah:
a. gaya bahasa / laras bahasa
b. struktur ayat
c. tatabahasa
d. kosa kata
11.4.2 Aspek bahasa lain yang turut dinilai ialah;
a. sebutan (baku)
b. kelancaran
c. nada
d. intonasi
11.5BIDASAN
11.5.1 Pembahas sepatutnya membidas hujah dan bukan contoh, misalnya
pembahas pihak kerajaan telah memberikan contoh yang lemah tetapi hujahnya
tepat dan mantap maka pembangkang
sepatutnya membidas hujah dan bukan contoh.
11.5.2 Selain itu, pembahas mungkin boleh memberikan beberapa contoh / analogi bagi menerangkan
hujah yang sama. Oleh itu, jika pembahas daripada pihak lawan dapat membuat
satu bidasan yang kukuh untuk menumbangkan semua contoh yang diberi maka tidak
perlu membidas setiap contoh.
11.6PENGGULUNGAN
11.6.1 Penggulungan merupakan rumusan tentang pendirian pembahas
mengenai isu yang diperdebat. Oleh itu, pembahas sepatutnya hanya menyatakan
isu-isu pasukan masing-masing dalam perbahasan tersebut.
11.6.2 Dalam penggulungan, pembahas tidak digalakkan memfokus kepada perkara yang
remeh-temeh atau contoh-contoh. Pembahas sepatutnya menitikberatkan isu-isu
utama yang boleh menyokong pendirian mereka dan seterusnya menggoyahkan
pendirian pihak lawan. Sebagai panduan, jikalau pembahas memfokus kepada contoh
dalam penggulungan bermakna pembahas itu mungkin tidak memahami isu perbahasan
atau mungkin tidak memahami teknik
perbahasan yang berkesan.
11.6.3 Dalam penggulungan, pembahas tidak boleh mengemukakan
hujah baharu.
11.7IZIN LALUAN
11.7.1 Semasa seseorang pembahas
sedang berucap, pihak lawan dibenarkan memohon izin laluan dalam tempoh masa
yang dibenarkan. Izin laluan ialah celahan formal yang ditujukan kepada
pembahas yang sedang berucap. Izin laluan boleh dilakukan dalam bentuk:
a) Kenyataan
b) Fakta
c) Soalan
d) Ayat-ayat pendek
yang berkaitan dengan isu yang dibahaskan.
11.7.2 Tujuan utama izin laluan adalah untuk memberi atau
meminta maklumat lanjut tentang sesuatu isi yang sedang diucapkan. Pihak lawan
boleh membetulkan fakta yangdianggap terpesong. Izin laluan juga boleh
digunakan untuk meminta penjelasan dan menyoal pihak lawan.
11.7.3 Izin laluan
boleh dilakukan oleh pihak lawan ketika seseorang pembahas menyatakan hujahnya.
Pembahas itu boleh menerima atau menolak izin laluan itu. Jikalau izin laluan
itu diterima, pihak lawan boleh membetulkan maklumat pembahas itu atau
menyatakan soalan tentang isu yang dinyatakan dalam perbahasan tersebut,
khususnya yang baru diutarakan oleh pembahas.
11.7.4 Dengan
adanya izin laluan bermakna setiap pembahas akan mengambil bahagian dari awal
hingga akhir perbahasan dijalankan dan bukan hanya ketika menyatakan hujah
masing-masing.
11.7.5 Pembahas
seharusnya memainkan peranan memberi pandangannya. Walaupun pandangannya
mungkin tidak boleh diterima tetapi sekurang-kurangnya menunjukkan pembahas itu
ada mengambil bahagian atau cuba melibatkan diri dalam perbahasan.
11.7.6 Masa selama 15 saat sahaja diperuntukkan untuk
setiap izin laluan. Izin laluan
haruslah padat dan bernas.
11.7.7 Izin laluan
tidak boleh disalahgunakan untuk sengaja mengganggu pihak lawan kerana terdapat
etika yang wajib dipatuhi. Markah strategi
akan dikurangkan sekiranya melanggar etika ini.
11.8
ETIKA IZIN
LALUAN
11.8.1 Pasukan
lawan hanya dibenarkan memohon izin laluan antara minit ke-2 dan minit ke-7
ucapan pembahas. Izin laluan tidak boleh dilakukan pada minit pertama dan minit
terakhir semasa pembahas sedang berucap. Loceng akan dibunyikan untuk
menandakan permulaan dan penamat masa yang ditetapkan untuk izin laluan.
11.8.2 Tiada izin
laluan semasa sesi penggulungan.
11.8.3 Isyarat-isyarat
hormat seperti mengangkat tangan atau berdiri tegak hendaklah dilakukan semasa
memohon izin laluan. Perlakuan yang kasar dan biadap seperti menepuk-nepuk meja
atau tangan, memetik jari, melambai-lambai, bersiul, menjerit dan apa-apa
sahaja yang sengaja dilakukan untuk tujuan mengganggu pihak lawan akan
mengurangkan markah strategi.
11.8.4 Kata-kata
yang diucapkan semasa izin laluan hendaklah sopan danberbudi bahasa serta
mencerminkan tatasusila, adab, budaya yang tinggi. Menjerit, marah-marah dan
mengejek pihak lawan adalah dilarang.
11.8.5 Izin laluan
dipohon dengan pembahas berdiri dan menyebut
Izin Laluan. Pembahas yang
sedang berucap tidak semestinya menerima setiap izin laluan yang ditujukan
kepadanya. Pembahas boleh:
·
Meminta pihak lawannya untuk
duduk
·
Habiskan ayatnya dan terima
izin laluan tersebut
·
Menerima izin laluan ketika
itu
11.9 MEMOHON DAN MENERIMA IZIN LALUAN
11.9.1 Sepanjang perbahasan seseorang pembahas diwajibkan memohon sekurang-kurangnya dua
(2) kali izin laluan. Pembahas juga mesti
menerima sekurang-kurangnya dua (2) kali izin laluan yang ditujukan
kepadanya.
11.9.2 Pembahas yang memohon izin laluan kurang dua (2) kali
akan kehilangan markah strategi.
11.9.3 Pembahas yang tidak menjawab atau tidak menerima izin
laluan daripada pihak lawan juga akan kehilangan markah strategi.
11.9.4 Izin laluan dalam tempoh yang dibenarkan perlu dihabiskan
oleh penyoal terlebih dahulu sebelum dijawab oleh penerima. Markah ditolak jika
melanggar etika ini.
11.9.5 Panel hakim juga boleh menilai sama ada pembahas itu
berbahas secara spontan ataupun terikat kepada teks berdasarkan penglibatannya
dalam izin laluan.
Sebarang perubahan atau
penambahbaikan terhadap segala syarat dan peraturan pertandingan debat ini
tertakluk kepada budi bicara dan pertimbangan teliti oleh pihak penganjur atas
nasihat Bahagian Teknikal Penghakiman.
No comments:
Post a Comment