Wednesday, December 10, 2014

Deskripsi Tema dan Usul Debat Junior SEHEBAT 2015


PUSINGAN AWAL 1
TEMA : PENGANJURAN SUKAN BERTARAF ANTARABANGSA

Sukan Olimpik Musim Panas yang pertama kalinya dianjurkan pada tahun 1896 merupakan temasya sukan pelbagai acara terulung di dunia. Temasya sukan ini telah banyak berevolusi daripada sekadar 42 buah acara dengan lebih kurang 250 orang atlet mewakili 14 buah negara kepada 300 buah acara pelbagai disiplin sukan dengan penyertaan lebih 10,000 orang atlet dari 205 buah negara di seluruh dunia. Sukan Olimpik Musim Panas 2008 yang dihoskan oleh Beijing menerima kunjungan 10,500 orang atlet yang bertanding dalam 302 buah acara sukan.

 Amerika Syarikat pernah menganjurkan 4 kali Sukan Olimpik Musim Panas, paling banyak dalam kalangan tuan-tuan rumah yang lain. United Kingdom pula mengelolakan Sukan Olimpik 2012, iaitu kali ketiga London menjadi hosnya. Australia, Perancis, Jerman dan Greece pernah menganjurkannya sebanyak dua kali. Negara-negara lain yang pernah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas adalah Belgium, China, Kanada, Finland, Itali, Jepun, Mexico, Belanda, Korea Selatan, Sepanyol, Soviet Union dan Sweden. Pada tahun 2016, Rio de Janeiro, Brazil akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2016 dan kemudiannya disusuli oleh Tokyo, Jepun pada tahun 2020 kelak.

 
PUSINGAN AWAL 2
TEMA : PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI NEGARA

GST mula-mula diperkenalkan di Perancis pada tahun 1954 oleh Maurice Laure untuk menggantikan sistem yang sangat bergantung kepada cukai yang tidak menentu berdasarkan jualan bagi menyeimbangkan sistem cukai pendapatan yang tidak begitu berkesan.

 GST merupakan sejenis cukai penggunaan berasaskan konsep nilai tambah dan diambil kira dalam setiap peringkat urus niaga. GST dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan pihak berkuasa ke atas cukai. Lazimnya, pembekal atau penjual boleh mendaftar untuk mengutip GST jika jumlah jualan tahunan bagi produk atau perkhidmatan yang dibekalkan melebihi jumlah tertentu yang ditetapkan.

 

PUSINGAN AWAL 3
TEMA : PENGUKUHAN ASPEK KEHARMONIAN NEGARA

 Malaysia tidak terlepas daripada pelbagai ancaman yang boleh menggugat keselamatan dan kesejahteraan negara. Antara bentuk ancaman yang dihadapi di negara kita termasuklah tindakan subversif, keganasan, ektremisme, sabotaj, pencerobohan dan lain-lain bentuk ancaman yang dapat menghakis keamanan negara. Sebagai contoh, ancaman pengganas komunis, kumpulan militan, puak pelampau agama mahupun kumpulan-kumpulan yang telah diharamkan.

 Sebagai sebuah negara majmuk, Malaysia sentiasa berhadapan dengan kemungkinan berlakunya insiden perselisihan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan keselamatan negara. Insiden 13 Mei 1969, peristiwa Kampung Medan (4 Mac 2001) dan insiden Kampung Rawa, Pulau Pinang (27 Mac 1998) merupakan contoh-contoh insiden pertelagahan kaum di negara kita. Tambahan pula, kini elemen pertelagahan ini kian berleluasa di alam maya menerusi provokasi dan konfrontasi melampau yang banyak menyentuh sensitiviti perkauman di Malaysia.

 

SUKU AKHIR
TEMA : TABIAT PEMAKANAN GENERASI MUDA

Malaysia menduduki tempat keenam di rantau Asia Pasifik bagi masalah obesiti dan mendahului senarai di Asia Tenggara untuk masalah obesiti dan kencing manis.

 Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya baru-baru ini berkata bahawa terdapat kira-kira 3 juta rakyat Malaysia yang mengalami lebihan berat badan dan bilangannya semakin meningkat dalam situasi apabila kira-kira 5 juta individu menderita pelbagai peringkat penyakit kencing manis.

 Presiden Persatuan Kajian Obesiti Malaysia, Prof. Dr. Mohd Ismail Noor pula berkata situasi masa kini cukup membimbangkan sehingga langkah-langkah pencegahan perlu dimulakan segera memandangkan generasi muda dan kanak-kanak Malaysia sudah mula mengalami masalah berat badan sedari kecil lagi. Selain aspek pemakanan yang kurang sihat, gaya hidup yang tidak aktif banyak menyumbang kepada masalah ini.

 

SEPARUH AKHIR
TEMA : PEMUPUKAN NILAI INTEGRITI DALAM DUNIA PENDIDIKAN

 Pihak polis telah mengambil keterangan daripada 30 individu untuk membantu siasatan berhubung kes kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Gan Kong Meng dalam satu kenyataan berkata bahawa pihak polis menjangkakan akan ada tangkapan dalam masa terdekat dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

 Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid-murid Tahun 6 mendudukinya pada 11 September 2014 manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 pula terpaksa ditangguhkan sebelum mereka sempat mendudukinya pada hari yang sama. Pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia telah menetapkan 30 September 2014 sebagai tarikh baru peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut.

 

AKHIR
TEMA : HAK ASASI KANAK-KANAK

Konvensyen mengenai hak kanak-kanak (CRC) telah dibentangkan dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 20 November 1989. Dokumen ini memberi perlindungan kepada kanak-kanak dari sebarang bentuk pengabaian, penderaan dan eksploitasi serta menjamin kanak-kanak untuk mendapatkan hak-hak asasi mereka.

 Antara lain, prinsip-prinsip konvensyen ini menggariskan bahawa kanak-kanak tidak seharusnya didiskriminasikan, kanak-kanak mempunyai hak untuk memperoleh kehidupan berkualiti dan perkembangan yang sihat, kepentingan terbaik bagi kanak-kanak hendaklah diberi keutamaan dan kanak-kanak harus diberi peluang untuk melibatkan diri secara aktif dalam semua perkara yang menyentuh kehidupan mereka serta diberi kebebasan untuk menyuarakan pendapat masing-masing.

NOTA:
Deskripsi usul berasaskan tema di atas merupakan panduan bagi memudahkan persediaan pasukan mencari bahan dan membuat kajian. Senarai 6 usul pertandingan yang rasmi akan diumumkan pada hari Rabu, 18 Februari 2015.

Thursday, December 4, 2014

Penyertaan

PENYERTAAN PASUKAN BERTANDING UNTUK DEBAT JUNIOR SEHEBAT 2015


1. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak (Johan Debat Junior 2014)
  
2. Sekolah Tun Fatimah, Johor (Naib Johan Debat Junior 2014)

3. Sekolah Menengah Sains Batu Pahat, Johor (Tempat Keempat Debat Junior 2014)
 
4. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmadshah, Sabah
 
5. Sekolah Dato' Abdul Razak, Negeri Sembilan
 
6. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
  
 7. SBPI Gombak, Selangor (Penyertaan Baharu)
 
 8. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar, Johor (Penyertaan Baharu)
  9. Sekolah Menengah Sains Semberong, Kluang, Johor.
 
10. Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut Jaya, Kuala Lumpur
 
11. Kolej Yayasan Saad, Melaka.
 
12. Kosong

 
Cukup 12 pasukan sahaja.
 





Maklumat Terkini


MAKLUMAT AM

Tarikh Pertandingan : Jumaat - Ahad, 3 - 5 April 2015
Lokasi Pertandingan : Sekolah Menengah Sains Batu Pahat, Johor Darul Takzim
Yuran Penyertaan : RM300.00 sepasukan
Jumlah Pasukan : 12 buah pasukan
Setiap pasukan diwakili oleh 4 orang pembahas dan 2 orang pengiring.
Setiap pasukan wajib menyenaraikan 2 orang pembahas Tingkatan 1 dan 2 orang pembahas Tingkatan 2.
Dua orang pengiring pula terdiri daripada seorang guru bertanggungjawab dan seorang pembimbing (sama ada jurulatih, guru, pelajar menengah atas atau bekas pelajar).

 
TARIKH-TARIKH PENTING

Pendaftaran Penyertaan : 5 Disember 2014 – 5 Januari 2015
Untuk membuat pendaftaran penyertaan, sila hantar SMS butiran nama penuh & alamat lengkap institusi serta nama penuh & alamat emel guru pengiring kepada sama ada En. Zainudin Dirin SEHEBAT (012-7691325) atau En. Harmi Mohammad Jamil (012-2154945).

Pengumuman Latar Belakang Usul : Rabu, 10 Disember 2014
Latar belakang ini memberi gambaran umum usul berkaitan yang akan dipertandingkan.

Penghantaran Surat Jemputan : 6 Januari 2015 – 7 Februari 2015
Surat jemputan akan dihantar oleh pihak penganjur kepada institusi-institusi yang telah membuat pendaftaran penyertaan. Penghantaran borang penyertaan dan maklumbalas setiap pasukan juga berlangsung dalam tempoh masa ini.

Tarikh Tutup Penghantaran Borang Penyertaan : 8 Februari 2015
Borang penyertaan rasmi setiap pasukan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup di atas.

Pengumuman Rasmi Senarai Usul Pertandingan : Rabu, 18 Februari 2015
Sejumlah enam (6) usul akan diumumkan untuk dipertandingkan kelak.

 
TENTATIF PROGRAM

Jumaat, 3 April 2015
12.00 tengah hari – 4.00 petang
Sesi Pendaftaran Pasukan
Daftar Masuk Penginapan
4.30 petang – 5.30 petang
Sesi Taklimat Pertandingan
Undian Penentuan Kumpulan
6.30 petang – 7.30 malam
Makan Malam
8.00 malam – 10.00 malam
Pusingan Awal 1
10.00 malam – 10.30 malam
Minum Malam


Sabtu, 4 April 2015
7.00 pagi – 8.00 pagi
Sarapan
8.00 pagi – 10.00 pagi
Pusingan Awal 2
10.00 pagi – 11.00 pagi
Minum Pagi
11.00 pagi – 1.00 petang
Pusingan Awal 3
1.00 petang – 2.00 petang
Rehat/Makan Tengah Hari/Solat Zohor
2.30 petang – 6.30 petang
Lawatan
6.30 petang – 7.30 malam
Makan Malam
8.00 malam – 10.00 malam
Peringkat Suku Akhir
10.00 malam – 10.30 malam
Minum Malam

 
Ahad, 5 April 2015
7.00 pagi – 8.00 pagi
Sarapan
8.00 pagi – 10.00 pagi
Peringkat Separuh Akhir
10.00 pagi – 11.00 pagi
Minum Pagi
11.00 pagi – 12.30 tengah hari
Pertandingan Akhir
12.30 tengah hari – 1.30 petang
Majlis Perasmian Penutup
1.30 petang – 2.30 petang
Makan Tengah Hari/Solat Zohor
3.00 petang – 4.00 petang
Daftar Keluar Penginapan

 
JADUAL PERTANDINGAN

PUSINGAN AWAL 1
Jumaat, 3 April 2015
8.00 malam – 10.00 malam
 
TEMA
 
 
PENGANJURAN SUKAN BERTARAF ANTARABANGSA
 
KOD
KERAJAAN
PEMBANGKANG
SIDANG
PA01
A1
A2
1
PA02
A3
A4
2
PA03
B1
B2
3
PA04
B3
B4
4
PA05
C1
C2
5
PA06
C3
C4
6

PUSINGAN AWAL 2
Sabtu, 4 April 2015
8.00 pagi – 10.00 pagi
 
TEMA
 
 
PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI NEGARA
 
KOD
KERAJAAN
PEMBANGKANG
SIDANG
PA07
A1
A3
1
PA08
A2
A4
2
PA09
B1
B3
3
PA10
B2
B4
4
PA11
C1
C3
5
PA12
C2
C4
6

PUSINGAN AWAL 3
Sabtu, 4 April 2015
11.00 pagi – 1.00 petang
 
TEMA
 
 
PENGUKUHAN ASPEK KEHARMONIAN NEGARA
 
KOD
KERAJAAN
PEMBANGKANG
SIDANG
PA13
A4
A1
1
PA14
A3
A2
2
PA15
B4
B1
3
PA16
B3
B2
4
PA17
C4
C1
5
PA18
C3
C2
6

NOTA:

Selepas tamatnya 3 pusingan awal, 2 buah pasukan terbaik dalam setiap kumpulan (Johan Kumpulan & Naib Johan Kumpulan) akan layak ke peringkat suku akhir.

Dua buah pasukan terbaik yang berada di tempat ketiga kumpulan akan melengkapkan jumlah 8 pasukan yang layak ke peringkat suku akhir.

PUSINGAN SUKU AKHIR
Sabtu, 4 April 2015
8.00 malam – 10.00 malam
 
TEMA
 
 
TABIAT PEMAKANAN GENERASI MUDA
KOD
KERAJAAN
PEMBANGKANG
SIDANG
PQ19
P
T
1
PQ20
Q
U
2
PQ21
R
V
3
PQ22
S
W
4

PUSINGAN SEPARUH AKHIR
Ahad, 5 April 2015
8.00 pagi – 10.00 pagi
 
TEMA
 
 
PEMUPUKAN NILAI INTEGRITI DALAM DUNIA PENDIDIKAN
KOD
KERAJAAN
PEMBANGKANG
SIDANG
PS23
Pemenang PQ19
Pemenang PQ21
1
PS24
Pemenang PQ20
Pemenang PQ22
2

PERTANDINGAN AKHIR
Ahad, 5 April 2015
11.00 pagi – 1.00 petang
 
TEMA
 
 
HAK ASASI KANAK-KANAK
KOD
KERAJAAN
PEMBANGKANG
SIDANG
PF25
Pemenang PS23
Pemenang PS24
Dewan Besar